Ahad, 19 April 2009

TIPS HARI INI

Cara-cara nak cover malu

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun,
sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling
hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru
bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal
anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali
supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah
anda dirasuk atau sedang berlawan dengan
makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah
sampah yang ada sambil marah-marah dengan
suara yang kuat, pasti orang menyangka anda
seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-
kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang
di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat
pengsan sehingga ada orang membantu
anda..kalo takde..baring terus sampai malam

Ahad, 12 April 2009

Adik ku yang baik...(kat kwn2 dia la)

(suspek yang membuatkan cd game aku hilang)

Mlm ni adik aku (12,lelaki,bongsu,single) hantar msg kat aku bgtau suruh beli cd game lain... ku pun tanya kat dia apasal plak... dia dengan selamba je menjawab..

Adikku: Ala,dah kawan ku bagi hilang pulak cd tu.. mu beli lain la...
Aku: hah??? (nak maki tak nak?? maki kang adik sendiri)

lepas tu dengan slamber dia tak menjelaskan dengan lebih lanjut... Masuk ni dah berapa punya kepingan cd game aku dah dia 'sedekah' bersama kengkawan dia....

Yakuza.. best game tu.. ntah ada lag ke tak game tu kat kedai...

tekanan aku ngn budak ni...
Aku tau la hang tu adik aku... kalau kena lempang sakit gak kan??? hahaha...

takpa2... nanti aku beli cd lain....

sinopsis cerita...

1)Jangan bgtau adik2 anda dimana anda letak barang2 persendirian anda.....
2)Jangan bg kwn2 adik anda pinjambarang2 anda....

kalu x pakai beli lain la... (kecualilah anda seorang yang baik hati dan adik anda seorang yang dah besar panjang)

lu pikir la sendiri...

Hari yang amat pening(sabtu)....
Pagi2 buta kena pi pro city (nama singkatan proton city). Kena pi tengok regata kayak.. mals gila bai... p tgk saja x jadi.. koman2 mau la layan sepam... hahaha. Tapi tu bukan motif utama aku nak cerita... cerita hari ni dimulakan dengan kedai mamak kat khar... saja la lps balik dari pro city aku lepak citu.... nk lepak ngn member pakat cbuk... jd aku lepak sorang. Ada la seorang pakcik yang datang pada hari tu dengan family dia bawak anak dia yg pakai ala2 ustazah.. maybe datang ujian medsi ke tmuduga ke aku pun tak pasti la sgt.....

ceritanya bermula begini....(suspen tak?)
Pakcik tu pun order la minim n makan ngan ank2 dia n bini dia tanpa (mungkin la...) dorang perasan aku kat belakang... pak cik tu pun bersedia memeulakan dialog dengan ank dia....

Pakcik: ?????
anak: ?? juagk....
Pakcik: bla2.....
anak: bla2 juak...
(dalam sepuluh minit pas 2)
Kelihatan 2 orang pelajar universiti ni (sebab pakai sweeter) .... laki dan pompuan jalan g seven eleven (aku rasa la) melalu kedai mamak snbil pegang2 tgn.... keadaan ni membuatkan pakcik tersebut tengok budak 2 ekor ni dengan pandangan yg agak sinis.... (pakcik tu berkopiah).

Pakcik: kamu jgn jadi mcm diaorang tu bila dpt masuk nanti.... harap pakai tudung,tapi duk pegang2 tgn... buat malu je.. cikgu apa mcm tu. bek bukuk tudung...

Aku: Pedih ayat pakcik...(ckp dalam hati je la)
Pakcik: Mcm ni la ank melayu kita... masa belum dapat masuk u bkn men baik,bila sah berjaya pakaian sekadar jadi hiasan. Pegang2 tgn depan org wat tak tahu je.... Ayah ngn mak kamu masa belajar kat mesir dulu tak pulak nak buat mcm ni...
Aku: owh... study mesir pakcik ni... patut pun nampak alim ja...(dalam hati lagi)...

Makcik: Dah la tu. Dengar kat budak belakang tu...
Aku: Makcik perasan saya rupanya..(kataku dalam hati lagi)

selepas peristiwa itu, aku pun blah dan bayar... aney,kira..(padahal aku tau teh o panas rm1)

Aku terfikir sejenak.... Apakah mentaliti masyarakat yang harus memandang seorang cikgu itu haruslah tanpa sebarang cacat cela?? Ataupun pakcik tersebut memandng dari perspektif agama?? entah la.. aku tak mau nk 'bual' (mcm amir semak ckp).... Adakah dengan peristiwa tersebut mentaliti pakcik tersebut terhadap U ni akan berubah??? Ntah la... Pesan aku kat pakcik tu.. JANGAN BIARKAN DIRI PAKCIK DISELUBUNGI MISTERI....

Jumaat, 10 April 2009

FAKTA PELIK LAGI MEMENINGKAN KEPALA HOTAK

1. Bila kita ke EPF untuk menyemak caruman, dengan sekelip mata saja penyata dapat dikeluarkan melalui slip komputer, tetapi bila kita nak mengeluarkan simpanan, kena tunggu berbulan bulan.

2. Bila kerjaan menetapkan hadlaju lebuhraya setakat 110km sejam sahaja, tetapi masih membenarkan penjualan kenderaan yang mampu melepasi hadlaju tersebut sehingga dua kali ganda. Logik ka.. tang mana depa nak lari laju2 sangat..

3. Bilamana kakitangan kerajaan yang dibayar gaji dari hasil dan pendapatan rakyat berlagak sombong bilamasa berurusan dengan orang ramai. Orang ramai bukan rakyat ka?

4. Bila mengenangkan harga kereta Proton lebih murah diluar negara daripada di negara sendiri. Takan nak bagitau aku orang Malaya ni kaya2 semua kut..

5. Walaupun berpuluh-puluh filem bollywood ditayangkan dengan hanya tajuk berbeza, tapi dengan plot yang sama, rentak tarian yang seiras dan pelakon2 yang serupa, masih ramai jugak yang berpusu-pusu untuk menontonnya.

6. Bilamana perempuan ditinggalkan oleh lelaki, lelaki dituduh tidak setia, tetapi bilamana perempuan meninggalkan lelaki, lelaki pulak dikatakan tidak memenuhi citarasa.

7. Bilamasa kita menanyakan status berkenaan sesuatu permohonan kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan, jawapannya semua serupa....DALAM PROSES! Standard la tuh..

8. Bilamasa mengenangkan adat sopan santun kita untuk tidak menghabiskan juadah makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah bila kita mengunjung walhal dari segi agama mengatakan jangan membazir!

9. Bilamasa kita terlambat untuk membayar pinjaman bank, kita akan dikenakan faedah keatas bayaran tersebut, tetapi bila bank terlebih potong, kita kena tunggu sampai 4-5 bulan walaupun untuk mendapat 5 sen balik...tanpa faedah!.

10. Bilamasa kita terlambat untuk sampai ke lapangan terbang untuk check-in, kita akan didenda 25% dari tambang kapalterbang, tetapi bila penerbangan dibatalkan atau terlambat, satu benda pun kita tak dapat melainkan penat menunggu!

11. Kenapa pemilik teksi Bandaraya mengenakan tambang 50% selepas tengah malam sedangkan dibandaraya selalunya bercahaya terang (macam siang) dan kurang traffic jam pulak tu.. mungkin takut kena rompak.. tapi nak buat apa caj lebih pun kalau lepas tu kena rompak?

12. Bilamasa kita makan di restoran2 makanan segera kita dikenakan caj 10% cukai kerajaan dan 5% cukai perkhidmatan sedangkan cukai kerajaan itu adalah diatas untung syarikat dan cukai perkhidmatan tak pernah ada sebab semuanya layan sendiri?

13. Bilamana kerajaan menyarankan penggunaan ilmu IT kepada masyarakat sedangkan kakitangan kerajaan sendiri pulak tak tahu nak menggunakan e-mail ataupun komputer. Berapa banyak email yang tak berbalas..

14. Bilamasa agensi2 Kerajaan dan Jabatan berkanun menganggap seolah-olah semua orang tahu bagaimana nak isi borang mereka yang berkajang-kajang dan membawa dokumen yang "secukupnya" bila berurusan dengan mereka.

15. Bilamasa rakyat yang belum mempunyai tanah tak pernah berjaya didalam permohonannya sedangkan orang lain yang mempunyai tanah di merata-rata tempat dengan mudah mendapat lagi.

16. Bila kita melihat di kaca televisyen bahawa pengacara-pengacara muzik semuanya beriras mat dan minah saleh dan muka-muka melayu biasa tak laku langsung.

17. Bilamana telefon bimbit yang diusung kesana kemari, walaupun tak dipakai akan dicaj sekurang-kurangnya RM60 sebulan.

18. Walaupun kita tahu bahawa rancangan gusti di tv itu hanyalah lakonan semata-mata, tapi kita masih bermaki hamun dan bersorak bagai nak rak sedangkan kita tahu kalah atau menang, kesemua pelakon2 tersebut dapat duit banyak.

19. Bilamasa sesuatu "traffic jam" terjadi semasa hujan lebat hanya kerana pemandu memperlahankan kereta untuk melihat air yang berlalu deras didalam longkang.

20. Bila mendengar pengulas sukan kita boleh bersajak dan berpuitis ketika mengulas siaran langsung sesuatu acara sukan.

21. Bila kita menanyakan kawan kita alamat rumahnya. dia menjawab " mamat@yahoo.com ".

22. Bila mengenangkan pada suatu masa dulu pemain bolasepak liga profesional boleh mendapat hingga RM10000 sebulan bermain bola macam budak sekolah sedangkan graduan universiti yang bertungkus lumus selama lapan belas tahun kat sekolah hingga pusat pengajian tinggi menerima gaji permulaan hanya RM1250.00 sebulan.

23. Apabila orang ramai merungut semasa gaji kakitangan kerajaan dinaikkan kerana takut harga barangan pun meningkat, tetapi tidak menyoal pulak apabila harga barangan naik tetapi gaji kakitangan kerajaan maseh ditakuk lama.

24. Apabila surat menyurat kepada Jabatan kerajaan hilang dalam perjalanan ataupun mengambil masa 4 bulan untuk dijawab.

25. Bilamasa melihat harga telefon bimbit sekarang lebih murah daripada sewa taliannya.

26. Bila komputer canggih yang kita beli hari ini dah "out-of-date" selepas sebulan dan kita pun maseh belum habis pelajari kesemuanya fungsinya.

27. Bila melihat harga baju kanak-kanak lebih mahal dari baju dewasa.

28. Bila pos laju mengambil masa seminggu untuk sampai.

29. Bilamana kita membayar RM1.20 untuk membeli surat khabar yang penuh cerita rogol, kes khalwat, serta kisah sensasi artis-artis.

30. Bila kita membeli TV 29" tetapi hanya dapat menonton 20" sahaja bila selebihnya dilingkungi dek iklan.

31. Bilamasa teknologi internet sekarang membolehkan seseorang membeli sayur segar menggunakan e-commerce sedangkan laman yang menawar khidmat itu terletak di California , USA .

32. Bilamasa kita demam dan ke klinik untuk berjumpa doktor, kita membayar RM30 hanya untuk sepeket pil panadol sambil diberitahu doctor yang kita ni demam.

33. Apabila kita ke kedai komputer untuk mendapatkan maklumat sesuatu komponen, jurujual menjawab "sikit jam ah.. saya mau tanya tauke".

34. Bilamasa syarikat bas mengenakan tambang yang pelik seperti RM1.75 sambil menyuruh kita menyediakan duit secukupnya sebab lebihan tidak akan dipulangkan, walaupun kita tahu kita jarang sekali menggunakan duit 5 sen.

35. Bilamasa melihat eksekutif2 masih memakai kot dan tali leher semasa makan tengahari kat warong tepi jalan walaupun cuaca panas terik.

36. Bilamana penggemar2 dan pemilik kereta bermegah dengan kereta mereka yang berkuasa besar walaupun sedar yang had laju jalanraya disini hanyalah 110km sejam.

37. Bilamasa kita melihat format pertandingan liga bolasepak negara ditukar setiap musim walaupun sedar yang tahap permainan tetap menurun.

38. Bilamasa F.A.M mencari punca terjadi pergaduhan didalam sesuatu perlawanan liga bolasepak negara sedangkan setiap pasukan diberi gelaran nama "binatang".

39. Bilamasa pemilik kenderaan terpaksa membayar cukai jalan setiap tahun tetapi jalanraya hanya dibaiki lima tahun sekali.

40. Bilamasa artis sanggup menukarkan nama yang mak bapa berikan supaya lebih glamour.

41. Bila pemandu tidak sanggup memberi peluang pemandu lain memotong, tetapi sanggup berhenti untuk mengajak pemandu lain bergaduh ditepi jalan.

42. Bila seorang Pak Aji boleh memberikan komen terhadap kebesaran buah dada seseorang perempuan.. pelik sungguh bila melihat perempuan berjalan hanya matanya kat situ aje..

43. Bilamana pelanggan di McDonald's membeli air "diet coke" sedangkan mereka juga membeli BigMac yang penuh lemak.

44. Bilamana pelanggan diherdik dan dimarahi apabila berurusan dengan Jabatan kerajaan kerana tidak tahu mengisi borang sedangkan Piagam Pelanggan mereka begitu puitis sekali.

47. Bilamana orang2 muda sekarang cepat beruban.

48. Bilamana lebih ramai orang, masa kerja ponteng kehulu kehilir tapi bila lepas waktu kerja baru sibuk nak buat overtime.

49. Bilamana ramai yang memberi nasihat yang merosakkan dari nasihat yang baik.

50. Bilamana di setiap rumah murah terdapat kereta yang harganya lebih mahal.

51. Bilamana ditanya apa yang dibentang dalam belanjawan hari ini Cuma bab bonus sahaja yang hanya diingati.

52. Bilamana seseorang suami mendapat sesuatu dari isteri hanya setelah siisteri mendapat sesuatu darinya terlebih dahulu.

53. Bilamana banyak kejadian rogol atau mencabul kehormatan berlaku, masih ada yang ke tempat kerja dengan pakaian yang seksi (baju tanpa lengan dan skirt pendek nampak peha).

54. Bilamana kerajaan mengagung-agungkan MSC masih ramai rakyat buta IT, tak mampu nak membeli komputer, masih menggunakan Dail Up Modem yang terlalu lembab dan membiarkan bayaran langganan untuk ISDN yang terlalu mahal.

56. Ramai orang yang maseh menghisap rokok di luar KLIA, terutamanya kakitangan KLIA sendiri, sedangkan KLIA sendiri memaparkan amaran 'DILARANG MEROKOK' pada setiap pintu kaca di luar KLIA.

thank to neldras

Kenangan dulu-dulu

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?....hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan .
mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member
kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu.
sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan... kan ?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz.
ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...

internet? email? Menda alah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr..
Tiket wayang pun 5 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee, Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls
yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.
tak dilupakan, 'Ti Kam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan.
budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa...

permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three',
'Police & Sentry', main kejar2 duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene
patahkan kat tengah2 die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.

hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...'
dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih.... dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2
kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...

7. last skali, bile dah bace testimonial ni, korang akan terpikir utk forwardkan dkt member2 lame korg.
Sure diorg suke punye laa...hehehe

who am i.....

april 2009.....
dah 21 tahun kita hidup di bumi ini... masih lagi kita ingat bagaimana kita berjalan?? andai dapat ditayangkan semula semua itu pasti kita akan rasa sayu dan bangga...

hari ini merupakan hari yang cukup puas hati... (xdak kena mengena ngn intro ats) last report sesi dah sia.. puas hati aku.... tambah plak team gua... the blues.. meneng 3-1 ngn the koops.. (liverpool). Memang cantik r game pg td... gerard xleh wat apa... torres kena mark habis ngn terry n alex...

Tp best2 pun aku ngntok gila.... 48 jam tanpa tidur.. wat report tu r. nk tulis skrip yang malas. Dah macam penulis skrip filem polak rasonyo den ni... bayangkan nk kena dengar balik video yang dekat setongah jam 2 pastu nak salin balik skrip... dah la klien banyak membebel.. hahaha...(kepada klien.. rilek2)...
Tapi....
sedih gak ar.. petang td merupakan lab (makmal) last kami ngn puan noryati..... dia siap bawak kek yang dia buat sendiri lg.... sedih pulak raso....
ilmu dan cara dia yang berhemah wat aku rasa respek kat dia walaupun kadang2 slalu gak pala otak aku nk tanya soalan pelik2....
dari dia r aku dapat kemahiran secara amali pasal b&k ni..

TERIMA KASIH PUAN...
JASAMU DIKENANG....

UEFA CHAMPION LEAGUE n bola sepak negara

reaksi kecewa rooney selepas seri di o.t

bola sepak hari ini mempunyai pelbagai kisah yang menarik...
pertamanya mengenai keputusan suku akhir liga juara eropah yang mana menyaksikan pasukan porto mampu mengulangi peristiwa 2004 untuk menyingkirkan man utd (2-2). selain itu,kejutan turut berlaku keatas liverpool yang diaibkan 1-3 oleh chelsea di halaman sendiri walaupun mendahului seawal minit ke 6 melalui jaringan penyerang antarabangsa sepanyol, fernando torres. Bayern munich.. satu satunya kelab jerman pasti boleh berkira-kira melupakan saingan apabla di malukan barcelona di nou camp... dan kelebihan 4 gol tanpa balas menjadi bekalan selesa buat skuad catalan. l;ain-lain, arsenal seri satu sama dengan villareal.

Bolasepak negara turut berlaku sesuatu apabila insiden rusuhan berlaku di stadium sultan muhamad di kelantan melibatkan penyokong kelantan dan pihak polis. inside berlaku akibat rasa tidak puas hati penyokong.
apa2 pun kita tunggu dan lihat apa lagi kejutan yang bakal disajikan dalam bolasepak dunia melaui perkembangan semasa ke semasa.... sit back n enjoy...

Template by:
Free Blog Templates