Rabu, 8 Julai 2009

real madrid: pembelian berani dakah akan menguntungkan??

Hari ini,dunia bolasepak telah dikejutkan dengan kemunculan semula 'the galaticos' dibawah kepimpinan florentino perez... persoalannya.. adakah pembelian secara besar-besaran oleh skuad yang berpangkalan dimadrid itu mampu untuk mengembalikan semula kegemilangan mereka??

4 orang pemain baru yang telah diperkenalka
n oleh madrid buat masa ini mempunyai nama yang cukup besar dalam dunia bolasepak... Cristiano Ronaldo,Kaka',Benzema dan Raul Abiol merupakan antara pemain yang boleh dikategorikan sebagai 'permata' bolasepak pada ketika ini..

RAUL ABIOL
CRISTIANO RONALDO
KAKA'
BENZEMA

Persoalannya sekarang.. mapukah pasukan ini mengulangi pencapaian tahun-tahun sebelumnya??? melihat kepada prospek pemain yang ada ini,kita dapat lihat dari segi serangan memang tidak dapat dinafikan lagi..
Ronaldo dibahagian sayap kanan, Benzema sebagai penyerang manakala kaka' akan bertindak sebagai playmaker buat pasukan ini memandangkan berita penghijrahan w.sneijder ke chelsea bertiup kencang pada ketika ini...
Dalam prospek pertahanan pula, pepe dan abiol mungkin akan menjadi pertahanan yang mantap memandangkan penghijrahan semula fabio cannavaro ke italy...

hmm... persoalannya mampukah real menyaingi kelancaran jentera serangan pasukan 'musuh tradisi' mereka barca dalam perebutan mahkota kejuaraan liga priemera spain..

Mampukah abiol dan pepe mengekang messi dan rakan-rakan ditambah pula barca berkemungkinan menerima bekas rakan sepasukan abiol. Davil Villa..

Persolannya.. mampukah pemain-pemain ini membawa semula maruak Galaticos yang sudah tercalar??

kita akan saksikan..

Roanaldo?? Pique know him better..
hahaha...

I'm back!!!!!!! revenge of the pemaleh updater..

Nantikan isu2 terbaru yang akan dikupas secara berani menyentuh aspek sukan,sosial dan kemasyarakatan....
Antara isu2 yang akan dikupas ialah:
-real madrid: pembelian berani dakah akan menguntungkan??
-keberanian pelajar
-lari dari rmh
-doa seorang ibu
-facebook dan sebagainya
-juga isu hangat..... CINTA SEORANG PENJENAYAH


Ahad, 3 Mei 2009

Sebuah cerita yang tiada penghujung...

Suatu hari aku telah kepekan.. dengan peja. Niat dihati nak beli barang...(bukan barang 'baik' ok)
Setelah sampai di depan bank islam peja pun berkata kepada ku...
"ado wat jual muroh depan ni wei. Tadi aku dengor mokcik tu kecek dia beli bantal 4 yal jo pauh" (maaf kalau tulis x betol.)
lepas tu aku dan peja pun jalan-jalan dalam kawasan bazar tu. tapi keluar dengan tangan kosong...
pas tu aku pun round2 n jalan-jalan... ni baru intro la...


(Gambar amik kat tenet)

Pada ketika itulah aku terpandng seorang kanak-kanak dalam lingkungan 10-12 tahun (aku agak la) sedang merayau-rayau didepan kedai makan sambil memegang perut dan membetulkan bajunya yang compang-camping..
dari raut wajahnya kelihatan beliau dalam keadaan yang cukup lapar... sebentar kemudian aku melihat seorang pekerja kedai makan tersebut menghalau kanak-kanak itu dan beliau pun lari dalam keadaaan lapar dan sedih. Salahkah andai kiranya sepinggan nasi dihulur kepada kanak-kanak itu.. maafkan akau kerana hanya mampu memandang kerana berada jauh dari kedai tersebut... aku terfikir.. andai semua manusia berkelakuan sedemikian,apakah nasib mereka akn berubah...???
apakah skrip hidup mereka akan tercoret sedikit nada gembira???
Masakan tidak terfikir akan pekedai tersebut akan tingkah laku kanak-kanak tersebutb yang menunjukkan ekpresi muka yang lapar... Mahal sangatkah harga sepinggan nasi dibandingkan dengan sedikit budi???
Aku faham,mungkin pekedai tersebut tidak mahu kanak-kanak tersebut menjadi 'najis' didepan kedainya namun begitu apakah salah kanak-kanak tersebut yang tidak mengerti dengan mendalam erti kehidupan dunia diusir bagaikan anjing kurap..

Apakah nilai sesuap nasi lebih berharga daripada sebuah nilai kemanusiaan... kenapa kanak-kanak tersebut dihaklau sedemikian??
owh..mungkin kanak-kanak tersebut selalu sangat datang kedai dia...
tapi...
jika mereka mengerti dan faham, kenapa tidak berfikir dengan rasional adakah kebaikkan yang pernah kita lakukan itu kan terus dilupakan tanpa ada permintaan seterusnya dari insan yang lansung tidak mampu membalas kebaikkan itu..
benar kata guruku...
"manusia memang cukup 'letih' buat baik,tapi bila buat benda jahat tak pulak rasa nak berhenti"....
apakah nasib budak tadi...
mungkin dia punyai adik-adik yang harus dijaga... tanpa ibubapa..
tak punyai tempat yang selesa....
bayangkan... jiak dia punyai adik-adik yang kecil dan harus dijaga...
apakah jawapan yang perlu dia bagi andai soalan ini terpacul daripada mulut adiknya...
"abang,adik lapar.."
apa jawapan yang harus diberikan kanak-kanak tersebut??? inilah hakikat kehidupan manusia.. yang berlaku tanpa disedari...
dan bagi kanak-kanak itu,andai semua individu dalam masyarakat bersikap demikian maka hidupnya hanya akan menjadi "Sebuah cerita yang tiada penghujung"...
renungkan...

sekadar gambar hiasan

Sabtu, 2 Mei 2009

FAKTA BOLA SEPAK...

FAKTA BOLESEPK DUNIA


-Kelab bola sepak tertua di dunia ialah kelab bola sepak Sheffield FC pada tahun 1857. 100 tahun selepas itu baharulah Negara kita merdeka.

-Jumlah penonton teramai yang menonton perlawanan bola sepak adalah seramai 199,854 penonton iaitu perlawanan Antara Brazil dan Uruguay dalam piala dunia 1950 di stadium Maracana Municipal Brazil.

-Perlawanan bola sepak piala dunia yang pertama diadakan di Uruguay pada tahun 1930 yang di sertai 13 pasukan.

-Pele telah menjaringkan 1200 gol dalam 1253 perlawanan.

-FIFA telah ditubuhkan pada 21 mei 1904 oleh tujuh Negara Eropsh iaitu Perancis, Denmark, Sweeden, Belanda, Belgium, Switzerland dan Sepanyol.
Pasukan bola sepak pertama telah ditubuhkan pada tahun

Fakta Pemain Bolasepak Piala Dunia 2006

1. Pemain paling banyak meludah di padang = Florent Malouda - France

2. Pemain paling suka makan lepat = Frank Lampard - England


3. Pemain yang menguruskan pos ofis = Helder Postiga - Portugal

4. Pengurus pasukan yang suka berlari = Luis Philipe Scolari - Portugal

5. Pemain yang main bolasepak dan ping-pong = Razak Pimpong - Ghana


6. Pemain bolasepak juga kawan baik Batman = Robin ho - Brazil

7. Pemain bolasepak yang juga macam Batman = Mathias Kezman - Serbia
Montenegro

8. Pemain yang tak pernah miss bayar bil = Adabayour - Togo


9. Pemain yang main bolasepak dan biola = Saviola - Argentina

10 . Pemain bolasepak yang paling manis = Maniche - Portugal

11 . Pemain yang selalu terluka di padang = Luca Toni - Italy

Hehehe... sekadar hiburan. Faham x??

KAWAN...

sesegar...
hijau daunan...
begitulah,kita diibaratkan,
tiada siapa yang,
bisa memisahkan kita,
antara...kita semua....
lepas terdengar lagu ni... aku tergerak untuk menulis...
mengenai insan yang digelar KAWAN...
sememangnya manusia mempunyai kawan...
x kira sama ada kawan baik,jahat@sedang2....
hari ni aku nak cakap pasal kawan2 yang paling lama 'saing' ngn aku....
bermula disebuah daerah di negeri kedah.. 2001... aku masuk tadika,?? eh.. sekolah menengah.
SMK ***** ******.(nama terpaksa dirahsiakan,ala... org tau)
Disini aku belajar mengenali apa yang dimaksudkan dengan 'friendship' dan sentimen 'brotherhood'. Macam semua manusia lain kat muka bumi ni..(ada ke kat planet lain?? mana tau kan??) kawan2 aku ni la yang menjadi 'mak dan ayah' aku kat asrama.(AKU BUKAN MANJA!! HAHAHA) masa tu family aku kat selangor dan aku kat kedah. So,ngn member2 ni la aku selalu lepak dan menghabiskan masa bersama-sama melakukan aktiviti (yg kebanyakkannya 'berfaedah'..)


dari kiri berdiri:abe,gbet,mat zul,badang,put,tok ayah,kayu@roy,cicak
duduk: aku(berat nk mapoh tgn matzul),mat koop..(gambar ni diambil masa bukak posa ramai2 tahun 2008)

Masa aku sekolah dulu,mcm2 aktiviti yg kami wat skali... lepak,men bola,men itu,men ini...
Tapi,masa begitu cepat berlalu..... dan skang suma dah membawa haruan masing-masing... HALUAN la.... haruan tu ikan... suma dah berjaya. (xkira la bidang pa)..
ada banyak kenangan yang lucu dan menarik yang dikongsi bersama kawan2 aku ni sepanjang tempoh 5 tahun kat sekolah tu.... kena denda,mcm2 lg la... bila diingat kembali betapa indahnya kenangan tersebut...(walaupun ada yang sakit.. hahaha) ada lh gambar member2 yang x dapat datang mlm tu dan xda dlm gmbr... seperti dibawah...

pian.....


gambar ini diambil masa raya posa....
berdiri dari kiri: abe,fizi,pit dahi,mr.x,utumanis (dia ikut aku balik kg), dr.husz (bkn doktor pn,nama je)
duduk: yok che@haniff (member tgk bola aku.. tp dia liverpool),ust nasrul (alim mamat ni)

inilah antara member2 sekolah lama aku dan dengan mereka lah aku belajar mengenal erti persahabatan yang sebenar yang menjadikan aku sebagaimana hari ini...(poji!! tisu2.. sob..sedih..(memanggil roomate))... kepada kwan2 len sprti caun,min,ex dan len2.. aku xdak gmbq hampa.. sowi xleh boh..... oleh itu hargailah kawan2 kita kerana tanpa mereka kita xkan mengenal erti sebuah persabatan dan merasai kemanisan hidup didunia yang fana ini dan kesunyian meneroka kehidupan.... HARGAILAH KAWAN2 ANDA...
TO ALL SMKAB STUDENT BATCH SPM 01-05,ALL OF U ARE THE BEST DUDE!!!!

Ahad, 19 April 2009

TIPS HARI INI

Cara-cara nak cover malu

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun,
sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling
hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru
bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal
anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali
supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah
anda dirasuk atau sedang berlawan dengan
makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah
sampah yang ada sambil marah-marah dengan
suara yang kuat, pasti orang menyangka anda
seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-
kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang
di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat
pengsan sehingga ada orang membantu
anda..kalo takde..baring terus sampai malam

Ahad, 12 April 2009

Adik ku yang baik...(kat kwn2 dia la)

(suspek yang membuatkan cd game aku hilang)

Mlm ni adik aku (12,lelaki,bongsu,single) hantar msg kat aku bgtau suruh beli cd game lain... ku pun tanya kat dia apasal plak... dia dengan selamba je menjawab..

Adikku: Ala,dah kawan ku bagi hilang pulak cd tu.. mu beli lain la...
Aku: hah??? (nak maki tak nak?? maki kang adik sendiri)

lepas tu dengan slamber dia tak menjelaskan dengan lebih lanjut... Masuk ni dah berapa punya kepingan cd game aku dah dia 'sedekah' bersama kengkawan dia....

Yakuza.. best game tu.. ntah ada lag ke tak game tu kat kedai...

tekanan aku ngn budak ni...
Aku tau la hang tu adik aku... kalau kena lempang sakit gak kan??? hahaha...

takpa2... nanti aku beli cd lain....

sinopsis cerita...

1)Jangan bgtau adik2 anda dimana anda letak barang2 persendirian anda.....
2)Jangan bg kwn2 adik anda pinjambarang2 anda....

kalu x pakai beli lain la... (kecualilah anda seorang yang baik hati dan adik anda seorang yang dah besar panjang)

Template by:
Free Blog Templates