Jumaat, 9 Oktober 2009

Antara cinta dan airmata (Episod 1)

Antara cinta dan airmata….
EPISOD 1
“Mak,hari ni cikgu minta duit RM20. Nak buat beli buku latihan”. Ayat pertama keluar dari mulut aiman. Anak kecil berusia 11 tahun yang merupakan anak tunggal dan juga satu-satunya harta yang amat bermakna dalam diri Khalsum. “Bila kena bayar man?” soalan mudah diajukan pada aiman yang sememangnya tidak mengerti akan ‘tawa’ dan ‘tangis’ dunia. “Cikgu kata sebelum khamis ni mak.”. Sebelum khamis? Ini bermaksud Khalsum hanya mempunyai baki 4 hari sahaja lagi untuk menyediakan duit RM 20 itu. “Takpala Aiman. Nanti hari khamis mak beri duit tu ye?”. Janji manis dikeluarkan seraya minda khalsum ligat memikirkan bagaimana hendak diwujudkan duit itu. Hasil jualan kuihnya pun hanya berkeuntungan RM 10 sehari. Itupun cukup makan mereka berdua sahaja. Khalsum tidak pula menyediakan duit sebagai simpanan terdekat kerana semua habis digunakan untuk membuat modal perniagaan kuihnya… namun hati ibu itu terus tekad untuk menyediakan ‘dinar’ Malaysia yang diminta….

Hari ini anak kecil itu telah membesar. Telahpun melangkah kemenara gading. Harapan yang cukup besar disandarkan pada aiman agar pada suatu masa nanti dia akan membalas segala pengorbanan yang dilakukan oleh khalsum terhadap dirinya. “Mak,yuran pengajian masih banyak lagi yang tertunggak dan duit pinjaman PTPTN memang tak cukup”. Berita ‘gembira’ yang disampaikan oleh aiman mengegarkan hati khalsum. “Jangan risau. Nanti mak bagi duit nak jelaskan semua tu.” Hati aiman cukup gembira mengenangkan semua janji manis ibunya. Tanpa aiman sedari,khalsum telah banyak memerah bukan sahaja keringat tetapi juga memerah perasaan malu yang ada dalam dirinya untuk menjadikan aiman sebagai seorang insane yang punyai nilai serta maruah. Tidak seperti dirinya yang tidak mempunyai apa-apa untuk dibanggakan. “Hang biar betul khalsum? Takkan hang sanggup nak buat semua ni? Ni amanah khalsum?” pernah soalan itu menjengah keminda pemikiran khalsum semasa beliau ingin melakukan perkara yang dianggap gila oleh pihak lain. Namun dia tiada pilihan. Biarlah ‘amanah’ itu dinodai dan khalsum percaya aiman akan menebus semula amanah tu seandainya dia sudah Berjaya.
Namun khalsum silap. Silap teramat sangat. Kesilapan yang akhirnya memakan dirinya sendiri. Semenjak Aiman mula bekerja sehingga ke hari ini,tidak sampai pun sepuluh kali Aiman menjenguk khalsum dikampung. Pada pemikiran Aiman,ibunya tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan. Cukulah wang sebanyak RM500 sebulan yang dikirimkan melalui wang pos. Hendak harapkan ‘bank in’? Khalsum tidak pernah memiliki akaun bank selain akaun Tabung Haji. Keadaan ini pada pemikiran aiaman amat menyusahkan.
Disuatu hari… Dipejabat mega Holding…
“ko biar betul Jason? Takkan pemilik tanah ni nak jual dekat kita RM700 ribu je? Sedangkan kalau dikira nilai sebenar tanah tu hampir RM900 ribu lebih. Pelik ni.” Aiman menyoal rakan sekerjanya dipejabat itu. Jason yang merupakan pembantu aiman disyarikat pembinaan itu tersenyum. “kalau ko nak tahu,pemilik dia cakap dia sudah untung banyak kerana pada mula memiliki tanah tersebut,dia Cuma beli pada harga RM10 ribu sahaja.”.”Banggang gila pemilik asal. Ada ka jual tanah sepuluh ribu? Tak sekolah ke apa? Hahaha.”. kedua-dua rakan itu ketawa gembira tanpa perlu memikir panjang mengenai hal tanah yang mahu dujadikan tapak pembinaan kompleks Kesihatan daerah itu.
“Aiman,baliklah. Mak hang sakit ni.”. ujar pak long sahak melalui telefon disuatu pagi. “ala,pak long bawak je la dia pergi klinik kea pa ke. Nanti saya bagi duit. Saya tak dapat balik ni. Kerja banyak.!”. serentak dengan itu talian duganggang dimatikan dan hatinya berang memikirkan sikap ibunya dikampung yang ‘manja’ pada hemat dirinya. “Jason,esok aku ingat nak pergi tengok tanah tu la. Kalau boleh nak singgah kampung kejap. Orang kampung telefon tadi cakap mak aku sakit. Nak mati dah agaknya.”. Tanpa disedari kalimah yang tidak patut diucapkan oleh seorang anak itu terpacul keluar dari mulut aiman. Dia terus berlalu pergi tanpa ‘perasan dan sedar’ akan kesilapanya.
“Memang. Saya rasa RM700 ribu tu pun dah cukup banyak. Kalau tuan nak tahu,masa saya beli dulu,harganya Cuma RM 10 ribu sahaja.” “Hahaha. Mesti orang yang jual kat pak cik tu tak sekolah kan? Ada ke tanah macam ni jual seuluh ribu sahaja.”.”Tak pastilah tuan. Tapi pada masa tu seingat pakcik dia terdesak. Dia cakap anaknya nak guna duit tu sangat-sangat. Dia cakap berapa sahaja pun dia setuju.”.
“Mesti masa tu dia miskin sangat kan pak cik? Dan anak dia hendak wang kerana nak bayar yuran pengajian university. Kan? Hahaha”.” Eh? Macam mana tuan tahu?” “Saya agak saja pakcik.”. “siapa nama pemilik asal tanah ni pak cik?” “Seingat pak cik… khalsum kalau tak silap. Dah meninggal dengar khabarnya. Malam tadi.”. Khalsum??? Tidak mungkin??....
Adakah aiman tidak tahu langsung??? Mustahil.. Kini segalanya sudah terlambat…
Antara cinta dan airmata….
Bersambung……

0 comments:

Template by:
Free Blog Templates