Isnin, 2 November 2009

sebuah lirik penuh erti... fuyoo..

Mahligai Syahdu
Artist: Hattan
Kita bertemu kali ini untuk apa
Adakah hanya menambahkan lagi sengsara
Luka yang lama belum dapat aku sembuh
Masih berdarah mengeruhkan warna hidupku

Namun jika kau datang ini
Untuk mengilapkan cermin kasih
Pastiku sambutmu dengan mesra
Mungkin jua akukan terlupa
Peristiwa pahit mencengkam jiwa
Tak ingin aku ke sana

Bersama kasih kita leburkan rantai
Yang membebankan hidup kita selama ini
Katakanlah rindumu
Aku sentiasa menunggu
Di pintu gerbang mahligai syahdu

Sabtu, 31 Oktober 2009

KEMBALI TERJALIN




Slam

Kembali Terjalin

Seperti mimpi perkenalan itu cuma seketika
Namun didalam hati dirimu ku terkenang jua
Engkaulah permata didalam genggaman tidak kusedari
Kaca yang bersadur keemasan terus kucari

Tertutup pintu hati, minda tak berfungsi diketika itu
Tak tahu menilai mana yang tulin mana yang palsu
Diakhir-akhir ini ketika aku dalam kesepian
Terasa kejahilan itu bagiku satu kerugian

Andainya disitu ada ruang
Bolehkah kiranya kumenumpang
Andai ada sisa kemaafan
Maafkan diri ini yang dulu melukakan

Berilah aku kesempatan
Kubuktikan erti keikhlasan
Andainya terpaksa aku rela
Menepis ego aku untuk kita (demi suatu masa)

Kupohon darimu ketulusan hati
Menjalin kembali perhubungan suci


*layan je la......

Khamis, 22 Oktober 2009

Pernahkah kita seadari..... keadaan dan perasaan mereka...



persoalan..
1) selalukah anda lepak kat kedai mamak??
2) adakah anda akan marah mamak bila dia silap bg order???
3) adakah anda sedar dia lg tua dari anda??
4) adakah anda tahu perasaannya??

semua ini akan dihurai dalam sebuah cerpen yang menyingkap kehidupan dan perasaan seorang "mamak". Angin kasih dari bangladesh... tunggu..

*p/s: episod 2 akan bersambung x lama lagi...

Jumaat, 9 Oktober 2009

Antara cinta dan airmata (Episod 1)

Antara cinta dan airmata….
EPISOD 1
“Mak,hari ni cikgu minta duit RM20. Nak buat beli buku latihan”. Ayat pertama keluar dari mulut aiman. Anak kecil berusia 11 tahun yang merupakan anak tunggal dan juga satu-satunya harta yang amat bermakna dalam diri Khalsum. “Bila kena bayar man?” soalan mudah diajukan pada aiman yang sememangnya tidak mengerti akan ‘tawa’ dan ‘tangis’ dunia. “Cikgu kata sebelum khamis ni mak.”. Sebelum khamis? Ini bermaksud Khalsum hanya mempunyai baki 4 hari sahaja lagi untuk menyediakan duit RM 20 itu. “Takpala Aiman. Nanti hari khamis mak beri duit tu ye?”. Janji manis dikeluarkan seraya minda khalsum ligat memikirkan bagaimana hendak diwujudkan duit itu. Hasil jualan kuihnya pun hanya berkeuntungan RM 10 sehari. Itupun cukup makan mereka berdua sahaja. Khalsum tidak pula menyediakan duit sebagai simpanan terdekat kerana semua habis digunakan untuk membuat modal perniagaan kuihnya… namun hati ibu itu terus tekad untuk menyediakan ‘dinar’ Malaysia yang diminta….

Hari ini anak kecil itu telah membesar. Telahpun melangkah kemenara gading. Harapan yang cukup besar disandarkan pada aiman agar pada suatu masa nanti dia akan membalas segala pengorbanan yang dilakukan oleh khalsum terhadap dirinya. “Mak,yuran pengajian masih banyak lagi yang tertunggak dan duit pinjaman PTPTN memang tak cukup”. Berita ‘gembira’ yang disampaikan oleh aiman mengegarkan hati khalsum. “Jangan risau. Nanti mak bagi duit nak jelaskan semua tu.” Hati aiman cukup gembira mengenangkan semua janji manis ibunya. Tanpa aiman sedari,khalsum telah banyak memerah bukan sahaja keringat tetapi juga memerah perasaan malu yang ada dalam dirinya untuk menjadikan aiman sebagai seorang insane yang punyai nilai serta maruah. Tidak seperti dirinya yang tidak mempunyai apa-apa untuk dibanggakan. “Hang biar betul khalsum? Takkan hang sanggup nak buat semua ni? Ni amanah khalsum?” pernah soalan itu menjengah keminda pemikiran khalsum semasa beliau ingin melakukan perkara yang dianggap gila oleh pihak lain. Namun dia tiada pilihan. Biarlah ‘amanah’ itu dinodai dan khalsum percaya aiman akan menebus semula amanah tu seandainya dia sudah Berjaya.
Namun khalsum silap. Silap teramat sangat. Kesilapan yang akhirnya memakan dirinya sendiri. Semenjak Aiman mula bekerja sehingga ke hari ini,tidak sampai pun sepuluh kali Aiman menjenguk khalsum dikampung. Pada pemikiran Aiman,ibunya tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan. Cukulah wang sebanyak RM500 sebulan yang dikirimkan melalui wang pos. Hendak harapkan ‘bank in’? Khalsum tidak pernah memiliki akaun bank selain akaun Tabung Haji. Keadaan ini pada pemikiran aiaman amat menyusahkan.
Disuatu hari… Dipejabat mega Holding…
“ko biar betul Jason? Takkan pemilik tanah ni nak jual dekat kita RM700 ribu je? Sedangkan kalau dikira nilai sebenar tanah tu hampir RM900 ribu lebih. Pelik ni.” Aiman menyoal rakan sekerjanya dipejabat itu. Jason yang merupakan pembantu aiman disyarikat pembinaan itu tersenyum. “kalau ko nak tahu,pemilik dia cakap dia sudah untung banyak kerana pada mula memiliki tanah tersebut,dia Cuma beli pada harga RM10 ribu sahaja.”.”Banggang gila pemilik asal. Ada ka jual tanah sepuluh ribu? Tak sekolah ke apa? Hahaha.”. kedua-dua rakan itu ketawa gembira tanpa perlu memikir panjang mengenai hal tanah yang mahu dujadikan tapak pembinaan kompleks Kesihatan daerah itu.
“Aiman,baliklah. Mak hang sakit ni.”. ujar pak long sahak melalui telefon disuatu pagi. “ala,pak long bawak je la dia pergi klinik kea pa ke. Nanti saya bagi duit. Saya tak dapat balik ni. Kerja banyak.!”. serentak dengan itu talian duganggang dimatikan dan hatinya berang memikirkan sikap ibunya dikampung yang ‘manja’ pada hemat dirinya. “Jason,esok aku ingat nak pergi tengok tanah tu la. Kalau boleh nak singgah kampung kejap. Orang kampung telefon tadi cakap mak aku sakit. Nak mati dah agaknya.”. Tanpa disedari kalimah yang tidak patut diucapkan oleh seorang anak itu terpacul keluar dari mulut aiman. Dia terus berlalu pergi tanpa ‘perasan dan sedar’ akan kesilapanya.
“Memang. Saya rasa RM700 ribu tu pun dah cukup banyak. Kalau tuan nak tahu,masa saya beli dulu,harganya Cuma RM 10 ribu sahaja.” “Hahaha. Mesti orang yang jual kat pak cik tu tak sekolah kan? Ada ke tanah macam ni jual seuluh ribu sahaja.”.”Tak pastilah tuan. Tapi pada masa tu seingat pakcik dia terdesak. Dia cakap anaknya nak guna duit tu sangat-sangat. Dia cakap berapa sahaja pun dia setuju.”.
“Mesti masa tu dia miskin sangat kan pak cik? Dan anak dia hendak wang kerana nak bayar yuran pengajian university. Kan? Hahaha”.” Eh? Macam mana tuan tahu?” “Saya agak saja pakcik.”. “siapa nama pemilik asal tanah ni pak cik?” “Seingat pak cik… khalsum kalau tak silap. Dah meninggal dengar khabarnya. Malam tadi.”. Khalsum??? Tidak mungkin??....
Adakah aiman tidak tahu langsung??? Mustahil.. Kini segalanya sudah terlambat…
Antara cinta dan airmata….
Bersambung……

Khamis, 8 Oktober 2009

Man Utd tumpas ditangan BNK


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com




skuad BNK selepas meraih kejuaraan piala liga. Mereka menang 2-0. Gol dijaringkan oleh pauh (33,90)

Sebuah Band Yang Bakal Menyinar..


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com




Dari kiri: ryan (Drummer),Alfa (Bass),Man (Lead),Adam (Vokal)

Khamis, 1 Oktober 2009

Pernahkah kita terfikir??



-kehilangan nyawa kerana peperangan-

dan..


- kehilangan nyawa ekoran sikap terburu-buru-..

Pernahkah kita terfikir apa yg sama antara malaysia ngn palestin???

yang banyak menjadi persamaan ialah apabila tibanya musim sambutan perayaan..
Mari kita renung sejenak...

Kematian yang dicatatkan pada musim perayaan semasa ops sikap adalah lebih banyak berbanding kematian dalam tempoh yang sama dipalestin... kadar kematian yang dicatatkan dikalangan pengguna jalanraya adalah sama dan mungkin lebih dari aspek kematian berbanding dengan keadaan dalam tempoh yang sama dipalestin..

melihat dari aspek kecederaan dan kemalangan yang dialami akibat mercun pula boleh dikatakan hampir menyerupai keadaan kanak-kanak di palestin.. setiap kali hampir musim aidilftri akan ada berita mengatakan akan kecederaan kanak-kanak akibat mercun... kadang2 kalah budak2 palestin yang kena bom...



di malaysia..



di palestin...

tapi mengapakah kesedaran ini belum wujud dikalangan rakyat kita???
adakah kita lebih rela 'mati katak' dari mati kerana memperjuangkan hak???
sama-sama kita fikirkan...

Template by:
Free Blog Templates