Selasa, 28 Julai 2009

Antara Kaabah dan Eiffel Tower

Antara Kaabah dan Eiffel Tower…

KLIA.. Julai 2009
Penerbangan MAS selamat mendarat di lapangan terbang kebanggan rakyat Malaysia. Penerbangan yang menempuh jangka waktu yang cukup lama dalam ‘rangkaknya’. Dibalai ketibaan sudah ada sekeluarga melayu berpakaiaan tradisi masyarakat melayu islam. Si bapa mengenakan baju melayu dan berserban manakala si ibu berjubah dan bertudung labuh. Sayup pasangan tua ini menanti ketibaan seorang yang bernama Ihsan bin Hj Musa. Dari jauh terdengar satu kalimah yang sudah lama dirindui pasanagan tua ini. “Mak,abah! Sini!” ihsan memekik memanggil kedua orang tuanya. Mak Semah begitu gembira melihat kelibat anak sulungnya yang sudah sekian lama terpisah. Anak sulung yang pertama dikandungnya. “Abang,jom ke sana. Anak kita bang.”. Namun Pak Musa berasa agak terkejut dan pelik melihat tingkah laku seorang pemuda itu. Tidak dituruti terus langkah isterinya. Melangkah longlai sambil kotak fikirannya tertanya-tanya.. “Benarkah ini anakku?”… persoalan tanpa jawapan terus bermain di dalam ‘keranda’ pemikiran Pak Musa. Dibiarkan persolan itu terus berlegar dan cuba menguntum senyuman pahit pada ihsan. Bukan tidak mengenali anaknya tetapi Ihsan ini bukannya Ihsan 5 tahun dahulu. Bukan. Jauh sangat bezanya.. Pak musa melangkah dengan seribu ‘daunan’ persolan di pohon pemikirannya..

Memapah memori….

Kolej Islam Sultan Alam Shah atau KISAS. Nama yang ckup gah dikalangan pelajar Malaysia khususnya pelajar muslim. Adat dan tradisi kehidupan di sekolah ‘kluster’ ini amat berbeza dengan sekolah berasrama penuh yang lain. Percakapan antara lelaki perempuan terbatas. Tidak terdedah. Peraturan yang ketat tidak langsung dianggap sebagai satu bebanan. Namun ianya sudah sebati dengan kehidupan warga bumi ‘waqafan’ itu. Ihsan sedang melakukan latihan Matematik tambahan ketika dia didatangi Saiful Islam. Sahabat sekelasnya. “Anta lepas ni mahu melanjutkan pelajaran ke mana?” soal sahabatnya dalam perbualan digazebo asrama Blok Ali. Nama yang cukup dikenali oleh umat islam. Ali bin Abi Talib. “Ana ingat nak sambung belajar di perancis la. Disana katanya maju dalam ilmu sains dan kejuruteraan.”. Ringkas dan berisi jawapan Ihsan. “Mengapa tidak ke mesir? Ana lebih suka ke mesir. Mendalami ilmu agama nabi kita disana.”. Ihsan tidak menjawab. Dalam pemikirannya terfikir satu persoalan. “Wajarkah aku menjawab seperti itu tadi?.Apakah mereka fikir dengan memasuki sini hanya boleh ke mesir dan menuntut ilmu agama sahaja?”. ”mempelajari ilmu kejuruteraan dan sains lebih baik di barat.”. Ayat yang diatur dalam’almari pemikiran’ Ihsan tanpa sedar dibumi arablah lahirnya Ibnu Sina,Alkhindi,Al farabi,Ibnu Khandun dan ramai lagi.Tetapi barat?? Gubahan sejarah meracuni pemikirannya. Pemikiran yang ditambah pula dengan bisikan dari “Al-khannaz” yang meracuni kotak pemikiran umat Muhammad ini. Termenung jauh Ihsan. Termenung sambil memandang kubah masjid Sultan Sulaiman yang berdiri megah di tengah-tengah Bandar Klang. Bandar yang sudah seakan-akan menjadi Kota Jakarta… Keadaan manusia di warung Wak Kanang tidak langsung menganggu pemikiran Ihsan…. Kini,hatinya tersoal. Apakah masa depan telah tertulis untuknya atau dia yang harus ‘mencoret’ sendiri ‘kertas’ hidupnya…

Merantai jiwa dan jasad…

‘Peliharalah diri kamu dan ahli keluargamu dari azab api neraka..”

Ayat tersebut difahami dengan mendalam oleh Pak Musa. Ketika itu fikirannya serta merta teringatkan kepada Ihsan. Anaknya itu sudah lain benar. Lain dari Ihsan yang dahulunya merupkan anak yang tidak pernah hidupnya dan personalitinya berubah sama sekali.
“Alah,setakat pakai macam ni biasalah ayah. Lagipun masa kat paris dulu ramai apa orang yang pakai macam ni. Anak melayu kita pulak tu.” Betah Ihsan ketika diajukan pertanyaan tempoh hari. “Memang.Ayah tak nafikan tapi tak senonoh pakaian kamu ni Ihsan”.”Setakat pakai macam ni takde nya saya nak jadi murtad ayah.”. Satu jawapan yang cukup tajam dan bersahaja dari Ihsan. Jawapan yang menyentap jiwa Pak Musa. Anak yang selama ini diberikan didikan agama yang secukupnya dan tidak pernah diabaikan memberikan jawapan yang cukup sinis.”Memang. Ayah tak cakap kamu buang agama tapi mana penghayatan kamu terhadap islam?” terpukul dengan jawapan itu Pak Musa telah memberikan satu persoalan kepada anaknya itu. “Ayah malu Ihsan pabila orang kampung berkata yang anak imam kampung berpakaiaan seprti orang barat.”. Luah Pak Musa terang-terangan. “Eleh,orang lain boleh pulak pakai macam ni. Tak pulak orang kampung nak kecoh. Ingat ihsan nak pergi kaabah ke kena pakai sopan santun?”. Pang!. Satu perbuatan yang tidak pernah diduga menjulur keluar dari tangan seorang ayah yang tidak tahan dengan jawapan yang cukup biadap dari ayahnya. “Aku tak pernah ajar anak aku cakap macam tu apatah lagi mempermainkan rumah Allah.”.”Ye la. Ayah memang. Nak sangat jaga status depan orang kampung. Setakat jadi imam kampung tak nya kaya. Ayah pun kadang-kadang tak betul. Patutkah seorang imam menggunakan kekerasan dalam menegur?” luah Ihsan dalam nada tidak puas hati. Pak Musa terkesima. “Keluar kau dari ruamh ni. Aku tak nak trengok muka kau lagi.”.”Hoi orang tua. Kau ingat aku nak sangat ke duduk rumah yang ‘alim kucing’ macam ni?”. “Ok. Malam ni aku berambus dari sini.”. Serentak itu Ihsan terus keluar dari rumah dan menghala keluar membawa diri. “Celaka.”. Ayat yang tidak patut keluar dari seorang anak. Dan ketika itu ‘ketua neraka’ betepuk gembira kerana Berjaya merosakkan hubungan anak dan ayahnya.

Antara kaabah dan Eiffel Tower…

Jenazah Pak Musa telah selamat dikebumikan. Hari tu ihsan pulang bagi melihat jasad terakhir arwah ayahnya. Hanya selepas dimaklumkan oleh ahli keluarga terdekat yang sentiasa menghubungI Ihsan…
Tiga hari kemudian…
“Ihsan.. Ni buku tabung haji kamu. Tahun ni kamu akan pergi mengejakan umrah.” Tutur pak long nya. “Tapi pak long,saya mana pernah ada buku ni. Akaun tabung haji pun saya tak ada.”. “Itulah yang kamu tak tahu. Arwah ayah kamu dah lakukan semuanya semenjak kamu masih sekolah lagi. Hajatnya mahu membawa kamu melihat sendiri kota kaabah. Kota yang dibina oleh Ibrahim dan anaknya Ismail a.s. Semua ni lambang kasih seorang ayah pada anaknya Ihsan. Sebagaimana kasihnya Ibrahim pada Ismail,sebegitu jualah arwah kasihkan kamu. Kamu sahaja yang tidak tahu semua ini. Pada hemat kamu menara Eiffel yang lebih kamu banggakan sedangkan ia tidak langsung memberi makana dalam hidup kamu. Sekarang,ayah kamu mahu buktikkan yang Kaabah binaan Nabi Ibrahim dan ismail lebih bernilai dan lebih memberi makna dalam kehidupan kasih saying seorang ayah dan anaknya.” Panjang ‘khutbah’ yang disampaikan kepada Ihsan umpama menyampaikan amanat terakhir seorang arwah pada Ihsan. “Ingat ihsan nak pergi kaabah ke kena pakai sopan santun?” ayat itu tiba-tiba muncul dalam kotak pemikiran Ihsan…. Kaabah.. ya,aku telah melupakan dirimu dan lebih mengagungkan Menara Eiffel di perancis….
“Ustaz,bolehlah. Jemaah pun dah ramai.” Satu suara menegur Ihsan. Ustaz Ihsan. Kini beliau mengambil alih jawatan bapanya sebagai Imam kampung tersebut… lamunan ihsan terhenti dan terus bangun. Kini barulah dia mengerti.. Kaabah bukan sekadar binaan sejarah tetapi juga lambing kasih sayang seorang ‘Ibrahim’ pada ‘Ismail’nya… Antara Kaabah dan Eiffel Tower, hanya satu lambing kasihnya ayah… Sekian.
-Hargailah nasihat bapa anda-
*p/s: hua… jam la plak…. Cite ni xdak kena mengena ngn budak kisas k? Sekadar rekaan.

Isnin, 27 Julai 2009

IJAZAH BUAT BONDA...

Ijazah buat bonda….

Pagi hening di kampung Pohon Rendang yang damai itu sesekali dikejutkan dengan bunyi kawanan beburung yang ayik berterbangan sambil menyanyikan lagu riang. Kehidupan masyarakat desa pada hakikatnya semakin dilupakan oleh kemajuaan dunia yang makin ‘membesar’ tanpa memberikan sedikit peluang buat warga desa untuk mengecapinya tidak langsung menggusarkan pemikiran Mak Som. Pada nya biarlah dunia ini terus begitu namun apa yang penting dunia hidupnya akan terus bersinar. Mak Som tahu.. Semenjak peninggalan suaminya meuju ke hadrat ilahi hanya 1 sahaja harta yang ditinggalkan buatnya… Harta yang bernama ‘Siti Aisyah’.
“Mak! Orang dapat masuk universiti mak!”. Suara yang cukup dikenali oleh Mak Som memaklumkan perkara tersebut kepadanya. Suara yang pernah dikandungkan selama Sembilan bulan. Suara yang ditatangnya bagaikan menatang ‘emas terakhir’.”Alhamdulillah.” kalimah agung itu meresap dan terucap oleh bibir hati seorang ibu tua yang hanya menunggu ‘tiket’ untuk bertemu dengan penciptanya… Masa berlalu begitu pantas.. Kini ‘buah hatinya’ sudah 3 tahun menuntut ilmu di Universiti yang telah melahirkan ramai tokoh yang bertangungjawab meleraikan simpulan penjajah di tanah ‘Hang Tuah’ ini..
“Mak,orang nak pakai duit dalam Rm 500 la mak… nak beli buku.”. Terkesima Mak Som mendengar ayat tersebut. “Pensyarah cakap buku tu bagus mak.”. Ayat penyata yang cukup murni dari seorang anak kepada ibunya yang ‘bodoh’ akan ilmu dunia. “Nantilah mak usahakan.” Luah Mak Som pada anak kesayangannya itu tanpa mahu si anak mengeluh. “Makanlah dulu nasi tu. Karang sejuk pula.”. Malam itu lena Mak Som tidak selena malam sebelumnya. Subuhnya tidak sekhusyuk subuh Abu Bakar alsidiq. Bacaannya tidak semerdu bacaan zaid. Selesai solat Mak Som menadah tangan meminta pertolongan dari ‘Raja segala raja’ untuk membantunya menempuh hidup ini…”Ya Allah.. Andai diri ini lemah,engkau berilah kekuatan. Andai diri ini berdosa,kau hukumilah. Namun aku memohon kepadamu ya allah,janganlah engkau calitkan duka di hati anakku.” Doa seorang ibu merintih pada yang esa disulami dengan linangan air mata sebagai ‘sarapan’ pagi harinya…

Suatu Kejutan….

Berderau jantung Mak Som. Gelap seketika dunianya. Perkhabaran yang diterima merentap kebahagiaan hidupnya. Si ibu tua itu seperti mahu menangis apabila menerima perkhabaran yang suaminya teah meninggal dunia akibat dari penyakit jantung yang dialaminya. Mak Som hilang kewarasan.. Saat itu Mak Som menyalahkan tuhannya yang umpama bersikap zalim padanya. Hilang suami tercinta ketika anak dalam kandungannya berusia 7 bulan. Hanya beberapa ketika lagi akan lahir melihat dunia ciptaan tuhan arwah bapanya. Namun Mak Som tetap tabah. Biarlah anak ini membersar tanpa seorang lelaki yang bergelar ayah dalam hidupnya namun akan ada dua personality yang akan wujud dalam diri Mak Som. Menjadi ‘Abu Talib dan Halimatus saadiah’ dalam hidup anaknya nanti. Arwah Pak Samad merupakan seorang lelaki yang penyayang dan baik hati terhadap ‘humairah’ hidupnya itu. 20 tahun usia perkahwinan barulah mereka dikurniakan seorang zuriat. Pak Samad pernah mengimpikan untuk menimang cahaya mata lelaki yang pada hematnya dapat membantu kerja bertani disawah. Namun Pak Samad tidak sempat melihat ‘permata’ cintanya bersama Mak Som yang dinikahi pada usia 19 tahun. Apatah lagi anak itu adalah ‘Siti Aisyah’ dan bukannya ‘Khalid alwalid’ yang diinginkan. Tetapi,tuhan Isa dan Muhammad s.a.w tidak mahu hambanya itu sempat melihat zuriatnya…. Lalu Pak Samad dijemput oleh tuhannya mengadap ‘baginda’ yang maha agung.
“Mak.. Nanti bila ecah dah konvo mak jangan lupa bagi hadiah tau?”. Gurau aisyah pada ibunya. “Mak janji mak akan bagi hadiah yang paling ‘istimewa’ buat ecah. Sayang anak mak.” Ucap si ibu tua seraya memeuk anaknya sambil terfikir apakah mampu dia memberikan hadiah buat anaknya itu… Hadiah? Perkataan yang hanya mampu disebut oleh ibu tua itu tanpa mampu untuk merealitikannya….

Suatu jariah…

Mak Som duji lagi. Berita dari doktor perubatan yang sampai kepadanya amat memeranjatkan Mak Som. Aisyah mengidap koplikasi jantung berlubang. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi anaknya akan menamatkan pengajian. Mak Som tidak mahu hari bahagia anaknya itu tidak wujud. Peratusan anaknya hidup adalah tipis andai jantung dan penderma sesuai tidak ditemui dalam masa yang singkat… Mak Som runsing. Rusing memikirkan perkara ini. Pihak universiti bersedia menanngung kos perubatan aisyah namun penderma yang sesuai harus dicari bagi menyelamatkan nyawa ‘serikandi’ hatinya itu.. Malam itu mak som berdoa kepada ‘Al-rahman’ bagi memohon petunjuk dan bantuan..
Setelah berusaha akhirnya penderma sesuai telah ditemui. Cukup murni hati penderma yang sudi mendermakan jantungnya kepada anaknya itu. Cukup mulia naluri hamba Allah itu. Mak Som bersyukur kerana anaknya akan mampu untuk melihat hari bahagia itu yang pada hematnya cukup memberikan satu makna mendalam pada diri Siti Aisyah… Penderma yang Mak Som sendiri tidak mampu utuk mengucapkan ‘terima kasih’ secara lisan padanya..

Ijazah Buat Bonda…

“Sekarang,di jemput penerima pingat emas diraja, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dengan memperolehi PNGK 4.00. Merupakan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik. Siti Aisyah Binti Abdul Samad untuk menerima anugerah seterusnya menyampaikan sepatah dua kata. Majlis dengan ini mempersilakan.”. Pengumuman dari juru acara majlis mematikan seketika memori Siti Aisyah. Melangkah dengan penuh cermat untuk menerima anugerah yang hampir tidak dapat diterimanya. Tepukan dari para hadirin mengiringi langkahnya menerima anugerah tersebut.
“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertamanya saya ingin mengucapkan syukur kepada tuhan atas anugerah ini. Jutaan terima kasih kepada phak universiti dan para pensyarah yang banyak memberikan tunjuk ajar. Jutaan kasih dan sayang kepada Kalsom binti haji arshad yang telah banyak berkorban demi kejayaan ini. Tanpa mak orang takkan berada disini pada hari ini”. Pada ketika itu jugalah hadirin tercari-cari dimana Mak Som berada. “Tidak perlulah hadirin mencari beliau kerana beliau tidak lagi berada di dunia yang fana ini.”. Tutur ecah tanpa disedari air matanya turut mengalir.”Namun begitu,salah satu organnya masih hidup. Jantungnya masih berdenyut dalam tubuh anaknya ini. Jantung yang telah menyedarkan saya bertapa besarnya pengorbanan seorang ibu pada anaknya. Ibu saya pernah memberitahu bahawa dia akan memberikan hadiah yang paling istimewa pada hari ini. Dan hadiah itu telah pun saya terima dalam tubuh ini.”. Berderai laju air mata Siti Aisyah menuturkan kata-kata tersebut. Sebak hatinya kerana tidak menyangka ibunya sendiri akan mendermakan jantungnya pada dirinya. “Dan saya tujukan ijazah ini buat arwah bonda saya yang telah mengorbankan hayatnya untuk insan hina ini. Terima kasih mak!”. Aisyah mengakhiri ucapannya dan turun belinangan air mata. Tepukan gemuruh dari hadirin mengiringi derap langkahnya dan ada juga hadirin yang turut menitiskan air mata. Bumi suluh budiman hari ini menyaksikan bertapa pengorbanan seorang ibu amat besar pada dunia yang serba fana ini.. “Mak,ijazah ni untuk mak….” Tutur aisyah dalam hatinya yang sebak..
Sekian… Raiyan 09
-hargailah pengorbanan ibu dan bapa anda kerana tanpa mereka siapalah kita-
*p/s: abu.. ni idea sendiri maa….

MENUJU MUARA HIDUP...

Menuju Muara Hidup….
Abdul Rahmat Bin Abdul Zahir… Begitulah nama yang tercatat pada kad pengenalan seorang insan yang sedang termenung dibawah pohon rambutan didepan rumah usangnya. Kitika usianya menginjak menjangkau 71 tahun,air mata situa ini tidak sekalipun menitis mengenangkan akan kekecewaan dan penderitaan hidupnya. Namun pada hari ini air mata tuanya menitis gara-gara perbuatan orang kampung yang telah melemparkan kata-kata nista dan kesat ekoran dari ‘buah’ fitnah yang dilemparkan oleh rakan karibnya sendiri. “Kau jangan ingat aku tak tahu yang semua hasil jualan ikan kami kau selewengkan. Kau komplot dengan tauke chong, lepas itu semua duit tu kau makan sorang. Jangat ingat aku tak tahu mat!”. Kata-kata Pak mail masih lagi terngiang di ‘awan’ pemikiran Pak Mat. Nama panggilan bagi penduduk kampung Seri Serumpun yang terletak di pantai timur. Entah la. Si tua itu terus termenung mengenangkan akan kata-kata tersebut tambahan pula ianya di keluarkan dari mulut seorang yang telah lama ‘meniti jambatan hidup’ bersama-sama.
“Ayah,mari makan. Mak dah sediakan makanan didapur. Sudah la. Jangan difikirkan sangat perkara tu” sapa anak perempuannya yang berusia 20 tahun. Sayang. Anak ini terpaksa mengorbankan masa depannya untuk melanjutkan pelajaran ekoran dari kesempitan wang yang dialami oleh ‘si tua’. “Kamu takkan faham hati dan perasaan ayah.Kamu takkan faham apa yang ayah rasa.” balas Pak Mat lemah tanpa mahu memanjangkan cereka yang sedang di tulis ‘skripnya’ itu. Amat pedih andai kepercayaan dan kesetiaan seorang insan yang bergelar sahabat musnah akibat satu salah sangka yang tidak diduga.Semuanya gara-gara pak mail terlihat kelibat kereta tauke chong keluar dari perkarangan rumahnya beberapa hari yang lalu. Kedatangan tauke chong yang datang semata-mata meminta jasa baik pak mat bagi ‘mengunci’ mulut nelayan kampung tersebut telah disalah tafsirkan oleh pak mail. Pak mail kemudiannya menyebarkan fitnah kononnya wang penjualan ikan telah diselewengkan tauke chong dan pak mat telah menjadi sebahagian dari ‘najis dalam nasi’ kehidupan mereka. Pak mat sendiri tidak mengerti bagaimana perkara ni boleh terjadi. Manusia…. Pabila marah menguasai diri,berbagai perkara boleh terjadi.
Mengota janji sahabat….
Andai isteri nabi s.a.w pernah difitnah,inikan pula umatnya yang lemah. Andai Adam dan Hawa pernah terhasut syaitan,inikan pula cucu-cicitnya. Petang itu,pak mat terserempak dengan pak mail yang kebetulan baru pulang dari laut. Kata-kata yang amat menyakitkan terhambur dari mulut insan yang pernah dianggap sebagai ‘sahabat sehidup semati’ oleh pak mat. “Hai,lama tak Nampak kau kelaut? Banyak sangat ke duit yang tauke suap kat kau mat?”. Kata-kata tersebut dilemparkan dengan secebis amarah dan dendam bagaimana marahnya Abu Jahal sewaktu mengetahui anak saudaranya menyebarkan islam. Mungkin marah seprti itu jualah yang sedang dialami oleh pak mail dan sesetengah penduduk yang termakan ‘buah’ fitnah tersebut. “Mail..kau jangan cakap macam tu. Demi Allah aku tak buat kerja tu mail.”.”Sudahlah mat,selama ni aku percaya yang kita sahabat dan benda yang kau buat ni bukan menggambarkan kau seorang sahabat tetapi seorang pengkhianat mat! Pengkhianat!” penuh dengan rasa ketidakpuashatian ayat tersebut duhamburkan dari mulut pak mail. “Sudah mail! Kalau kau masih tak percaya lagi aku akan buktikan mail yang aku memang tak terlibat. Aku akan buktikan. Dan hari tu kau akan menyesal sebab telah melemparkan kata-kata sebegini kepada aku mail.” Serentak itu pak mat berpaling dan terus beredar dari situ. “kau makan la duit haram cina gemuk tu mat!! Makan la!” laung pak mail yang masih tidak puas hati. Mengalir air mata situa bila terdengar kata-kata tersebut. “Aku akan buktikan mail… suatu hari nanti kau akan menyesal sebab tuduh aku.” Getus hati kecil situa sambil menyapu air mata tuanya yang mengalir dipipi wajah nan sayu… sesayu hatinya…
“Maka apakah lagi nikmat tuhan yang kamu dustakan?” Surah Al-Rahman…..
“Nikmat tuhan… Apakah ini nikmat atau ujian?”. Hati pak mat berkata. Dia akan membuktikan bahawa silapnya sahabat itu akan terbentang jua.
Terbongkar…
Sang cengkerik menyanyi riang sewaktu situa sedang melintasi pohon yang dihinggapinya. Malam itu pak mat pulang lewat dari surau. Entah mengapa hatinya umpama merasakan bahawa mala mini merupakan ibadah terakhirnya kepada Allah. Malam itu pak mat beribadah umpama tiada esok yang akan menjelma. Umpama tiada lagi sinar mentari buatnya. Sewaktu melintasi kawasan jeti yang selalunya digunakan untuk mengangkut dan menjual hasil tangkapan para nelayan disitu, pakmat terpandang akan kelibat manusia sedang berkata-kata sesuatu dibawah limpahan cahaya bulan. “Tauke chong? Apa yang dibuatnya malam-malam begini?”. Mengintai dari balik stor kayu yang sudah hamper seusia dengannya pakamat dapat mendengar dengan jelas perbualan ‘cina tamak’ itu. Sah! Tauke chong telah mengunakan wang hasil jualan mereka dengan cara yang tidak benar. “Hoi tauke! Jadi selama ini memang betul lah kau yang tipu semua duit orang kampung?” sergah pak mat tanpa mengetahui malam itu merupakan malam terakhirnya menatap awan gelap dimuka bumi tuhan yang esa. “Ya la. Memang wa yang buat. Tapi wa talak takut sikalang sebab olang kampung sulah tahu yang sebenarnya lu yang tipu diaolang. Hahaha.”. sempat pak mat menatap wajah seorang lagi yang tidak dikenalinya,namun pak mat percaya dia juga dalang disebalik penipuan ini. “Kurang hajar kau.” Pak mat tanpa menggunakan kewarasan telah mencapai sebatang kayu dan mahu memukul tauke chong. Namun,semuanya terlambat apabila lembaga yang tidak dikenalinya telah melepaskan tembakan yang tepat kedada pak mat….
Ketika itu,sebahagian orang kampung termasuk pak mail sedang minim kopi ‘kampung’ diwarung timah janda terkejut akan bunyi tembakan itu dan mendapati ada sesuatu yang berlaku di pankin jeti mereka. Meraka semua bergegas kesana dan mendapati ada tiga lembaga disitu. Sebelum hamper ke jet tersebut,pak mail mengarahkan agar mereka perlahan lahan menuju ke jeti agar tidak disedari lembaga tersebut…
“Sikalang lu sudah tau yang suma ni wa punya kerja jadi lu mampos la. Hahaha.”. pak mail tersentak mendengar kata-kata tersebut kerana terasa berdosa terhadap pak mat. Beliaulah yang menyebarkan fitnah kononnya pak mat berpakat dengan tauke. Malam itu,keadaan jeti menjadi riuh apabila orang kampung telah menyerbu dan memberkas tauke chong dan lembaga tersebut.
Kini… semuanya telah selesai… tauke dan ‘lembaganya’ dibawa kebalai polis.
“Mat.. aku minta maaf mat. Aku berdosa pada kau mat.” Sayu suara pak mail sambil meriba kepala sahabatnya itu. “Tidak mail. Aku tak pernah salahkan kau. Mungkin inilah kesudahan hidup aku. Namun aku tetap puas sebab aku dah buktikan yang aku tak bersalah. Cuma aku nak kau tahu mail.. seorang sahabat tidak akan sesekali mengkhianati sahabatnya. Kau sahabat aku mail,dari kecil sampai tua ni. Kita membesar bersama mail. Aku harap kau akan ingat aku mail… ingat aku sebagai seorang sahabat yang telah bersama-sama denagn kau mail.” Darah membasahi baju melayu lusuh pak mat. “Dan satu lagi mail… tolong tengok-tengokkan keluargaku. Aku menharapkan kau mail.”.”insyaallah mat. Aku akan jaga mereka macam keluarga sendiri.”….
Malam itu genggaman situa terlerai dari genggaman tangan sahabatnya.Setitis air mata mengiringi pemergian si tua menghadap tuhan yang esa. Hembusan nafas terakhir si tua itu bernada puas. Puas kerana Berjaya membuktikan erti ‘sahabat’ kepada seseorang yang bererti dalam hidupnya… dan kini… muara hidup si tua itu telah pun hayut dipukul ombak maut yang menjemputnya….. sekian

-hargailah sahabat anda kerana tanpa sahabat,anda tidak akan menjadi sebagaimana anda hari ini- raiyan09
*p/s: ada sebarang cadangan cerpen? Bagi tajuk sedih2 sikit… baru feel skit aku berkarya…

Ahad, 26 Julai 2009

ANTARA MIMPI DAN REALITI..

Antara mimpi dan reality…

Tahun ini genap usianya 20 tahun.. Alif merenung masa depan yang mengkin merupakan satu perjalanan jauh yang harus ditempuhnya. Masakan tidak,hanya 1 minggu lagi dia akan melangkah kealam pengajian universiti. Zaman persekolahan yang begitu banyak meninggalkan memori dan kenangan yang cukup membuatkan hidupnya ditumbuhi dengan ‘bunga’ kehidupan.

Alif bukan tidak mahu tetapi ianya adalah satu hakikat yang pahit untuk ditelan. Hakikat yang tidak akan bisa mengubah lukisan kehidupan seorang anak petani. Hakikat bahawa dia adalah hanya anak kepada seorang petani tua yang sudah lanjut usia. ‘Nakhoda’ keluarganya sudah pun berusia 55 tahun sedangkan dia merupakan anak sulung dari 2 beradik. Hakikat yang paling sukar diterima ialah dia bersaudara dengan seorang insan yang cukup ‘istimewa’ dimata tuhannya. Afif,remaja berusia 19 tahun yang hanya dapat dilihat dari tarikh lahirnya tetapi pada hakikat fizikalnya tidak ubah seperti kanak-kanak yang berusia 5 tahun. “Macam mana kalau nanti kat universiti orang tahu kau ni bukan seorang yang sempurna? Dah la miskin,ada adik yang cacat pulak tu? Kalau aku malulah… Tak best la” suara musuh Nabi Adam sedang berbisik meracuni pemikiran Alif. Masa terus berdetik…..

Pagi pendaftaran universiti…

Dengan hanya menyewa kereta sewa dari seorang jiran kampungya keluarga miskin itu datang ke ‘gedung ilmu’ yang terletak di utara tanah air. Bangganya hati seorang ayah apabila anaknya melangkah kealam pengajian yang cukup tinggi yang mana dia sendiri pun tidak pernah merasa untuk mengecapinya. Menitis air mata si ibu apabila anak yang dikandung Sembilan bulan telah Berjaya meniti ‘tangga’ kehidupan yang mana diharapkan pada suatu hari nanti akan mengubah menu harian mereka dari nasi berlauk kicap kepada menu yang lebih enak.. mungkin…

Alif termenung diatas katil dalam bilik dikolej kediamannya. Malunya dia pada hari itu apabila ada suara2 sumbang yang menyindir akan penampilanya pada hari tersebut. Hanya memadankan kasut yang dibeli dari sebuah kedai cina yang memang sudah berada dipekan kampungnya sebelum era ‘Tunku melaungkan ayat keramat’ lagi. Kawan-kawannya semuanya mengenakan pakaian yang berjenama. Tetapi dia… Adakah alif tahu bahawa untuk menyiapkan peralatannya keuniversiti ayahnya telah melakukan pelbagai kerja? Adakah dia tahu bahawa ibunya hanya tidur selama 2 jam sehari bagi menyiapkan kuih-muih untuk dijual? Tidak. Alif tidak tahu akan semua ini kerana ‘Muhammad dan Khadijah’ dalam rumahnya sering menunjukkan reaksi baik didepan anaknya itu kerana mereka sendiri tidak mahu alif merasa sedih.

Cuti semester bakal tiba tidak lama lagi…

Alif menyimpan hasrat memiliki kasut berjenama ‘converse’. Jenama yang cukup tersohor dikalangan remaja. Namun adakah pernah dia terfikir bahawa ‘si tua dan isterinya’ dirumah hanya menyarung selipar buruk yang menunggu masa untuk putus hayatnya??

Alif juga menyimpan hasrat untuk memiliki sebuah telefon bimbit yang canggih tanpa menyedari ibubapanya hanya pernah menggunakan telefon awam sahaja…

Ini hanyalah gambaran kehidupan dan pemikiran masyarakat kita. Alif dalam cerita diatas sekadar gambaran mengenai diri kiata sendiri.. Adakah kita bersikap demikian?? Mungkin ya dan mungkin tidak. Jawapannya hanya ada pada individu itu sendiri. Hakikatnya kita memang selalu mahukan ‘topeng’ yang sempurna untuk melayari kehidupan sebagai hamba didunia ini.

Ok,fine la kalau kita kata yang kita ni ikut trend tapi adakah trend itu memaksa kita untuk membuangkan peluh dan tenaga mereka yang pernah berjasa kepada kita begitu sahaja? Sikap yang memang kalau kita lihat sering berlaku dalam masyarakat kita tanpa kita sedari. ‘Culture shock’ istialah yang tepat untuk mengambatkan situasi dan keadaan ini… Dah ramai dah yang jadi mcm ni..member2 aku pun ramai. Situasi dan keadaan universiti yang merubah budaya seseorang malah lebih teruk lagi mengubah adat dan pegangan seseorang. Apa pendapat kalian? Adakah anada menyedari perkra ini? Aku xckp sapa2.. Aku p nada gak sikit2 tp menda ni mcm penyakit plak dikalangan kita khususnya umat melayu mcm aku…

Bersama fikirkan…. Melayu mudah lupa?? Mungkin benar…

Khamis, 23 Julai 2009

sebuah kisah benar mengenai alquran dari dr miller

BELIAU seorang pakar dalam bidang matematik. Ini kerana beliau suka sesuatu yang logik, yang boleh diselesaikan melalui kekuatan dan boleh diterima oleh akal. Oleh itu beliau tidak mudah untuk menerima sesuatu itu jika ia tidak logik atau masuk akal.

Ini termasuk juga soal pegangan agama. Namun baginya agama Kristian menepati semua prinsip-prinsip saintifik dan ilmu yang menyebabkan beliau tidak sahaja percaya sepenuhnya malah beliau juga seorang yang sangat aktif sebagai seorang paderi.

Sehinggalah pada suatu hari iaitu pada tahun 1978, beliau bercadang untuk membaca kitab suci umat Islam, al-Quran. Niatnya untuk mencari sebarang kesalahan dan kesilapan dalam isi kandungan dan ajarannya.

Paderi tersebut, Dr. Gari Miller bercadang mengambil kesempatan setiap kesilapan yang beliau temui dari al-Quran untuk digunakan sebagai senjata melemahkan umat Islam dalam usahanya untuk menarik mereka kepada Kristian.

Miller yakin akan menemui pelbagai kesalahan kerana beliau menganggap al-Quran, sebuah kitab agama yang sangat tua. Sudah 14 abad usianya dan pastinya pada hari ini boleh ditemui pelbagai kesilapan di dalamnya.

Namun, apa yang berlaku adalah di sebaliknya. Beliau yang berasal dari Toronto, Kanada itu, tanpa disangka terus memeluk Islam! Ini kerana beliau langsung tidak menemui sebarang kesilapan dari kitab itu malah yang ditemui hanyalah kebenaran demi kebenaran!

Tentu sahaja tanpa sebarang keraguan beliau mengambil keputusan sedrastik itu kerana Miller juga seorang yang sangat arif mengenai kitab Injil. Lantas ini yang membuatkan beliau menemui pelbagai perbezaan antara kedua-dua kitab itu dan mana yang lebih logik untuk diterima oleh akal!

Beliau kemudiannya dikenali sebagai Abdul Ahad Omar. Apa yang membuatkan beliau terkejut mengenai al-Quran ialah apabila kitab itu mengandungi lebih banyak kisah mengenai Nabi Isa a.s yang dianggap tuhan dalam Kristian berbanding Nabi Muhammad SAW itu sendiri. Sedangkan Nabi Muhammad yang membawa dan menyebarkan Islam di muka bumi ini.

“Saya lebih terkejut lagi apabila al-Quran memperuntukkan satu surah yang khas, iaitu surah Mariam (Mary) bagi mengisahkan ibu Nabi Isa sedangkan jika Mariam itu benar-benar ibu kepada seorang ‘tuhan’ dalam Kristian, beliau sepatutnya layak diceritakan dalam tajuk atau surah yang khas di dalam kitab Injil.

“Tetapi perkara seperti itu tidak pernah terjadi malah tidak ditemui. Malah yang lebih mengharukan saya, mengapa Siti Mariam yang terpilih kisahnya dicatatkan dalam satu surah sedangkan beliau hanya ibu kepada Nabi Isa, mengapa al-Quran tidak mengutamakan sama ada Siti Aishah, isteri Rasulullah mahupun Siti Fatimah, anak perempuan baginda untuk dirakam dalam surah-surah khas, sedangkan mereka lebih layak kerana memberikan sumbangan yang besar kepada Islam?,” ujar Abdul Ahad.

Namun yang lebih mengejutkan Abdul Ahad ini apabila dalam al-Quran juga disebutkan Nabi Isa itu sebanyak 25 kali berbanding Nabi Muhammad yang empat kali sahaja disebutkan dalam kitab suci itu.

Ini menjadikannya semakin keliru. Beliau tidak menyangka bahawa Nabi Isa dijelaskan oleh Allah sebagai menghapuskan kekeliruan di kalangan penganut Kristian yang selama ini menganggap bahawa Nabi Isa itu adalah tuhan.

Tetapi oleh kerana ketika itu niatnya hendak mencari sebarang kesalahan, Abdul Ahad terus berusaha membongkar setiap isi kandungan al-Quran. Beliau tetap percaya kesilapan pasti akan wujud di mana-mana walaupun kitab itu telah memberi banyak jawapan yang benar mengenai soal kenabian Isa dan bukannya tuhan sebagaimana yang disangka oleh umat Kristian.

Namun Abdul Ahad terus menerima kejutan demi kejutan. Apa yang lebih memeranjatkan apabila makna ayat al-Quran, iaitu dari surah an-Nisa’ ayat 82, seolah-olah tepat ditujukan kepada beliau. Abdul Ahad benar-benar terduduk dan terkejut.

Firman Allah yang bermaksud: Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan (ikhtilafan) yang banyak di dalamnya… (an-Nisa’: 82).

Tidak tergambar perasaan terkejut beliau, seolah-olah Allah tahu niat buruknya itu. Ini menjadikan Abdul Ahad tidak lagi terdaya meneruskan niatnya itu kecuali menerima hakikat dan kebenaran yang terbentang di hadapannya itu kini.

Sebelum itu beliau pernah bertanyakan kepada kalangan umat Islam yang lain, sama ada Nabi Muhammad itu seorang nelayan atau ahli pelayaran.

Tentu sama sekali tidak, kerana seumur hidup baginda, baginda tidak pernah keluar kecuali berada di padang pasir yang tandus dan tidak pernah menuju ke mana luar dari Tanah Arab apatah lagi melalui jalan laut.

Ini menyebabkan Abdul Ahad kehairanan. Jika benar bagai dikatakan itu, bagaimana al-Quran itu mampu bercerita mengenai keadaan laut yang bergelora, tiupan angin dan kedudukan awan dan sebagainya sedangkan Nabi Muhammad yang beliau tuduh sebagai menulis semua isi kandungan kitab itu bukan seorang ahli pelayaran atau nelayan!

Menurut Abdul Ahad, menerusi al-Quran pelbagai kelogikan akal dan menepati kehendak sains, beliau temui. Ayat 30 surah al-Anbiyaa’ misalnya, adalah apa yang selama ini para saintis kaji dan temui. Iaitu; Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu (kanataa). Lalu kami pisahkan kedua-duanya (fafataknaahuma) dan Kami jadikan dari air tiap-tiap benda yang hidup (minnal ma’ie) dan mengapa mereka tidak mahu beriman?

Kata beliau, ayat ini merupakan apa yang selama ini para saintis kaji mengenai asal kejadian alam dan hidupan di muka bumi ini bagi melayakkan memenangi anugerah Nobel pada tahun 1973.

“Iaitu penemuan Teori Great Explosion (Letusan Hebat) yang antara lain mendapati bahawa bumi ini terhasil dari satu kejadian letupan yang paling hebat dan kuat yang pernah berlaku yang membawa kepada pemisahan antara kedudukan bumi dengan langit dan planet-planet yang lain,” kata Abdul Ahad.

Namun hakikat al-Quran yang beliau tidak nafikan kebenarannya apabila Allah menyebut betapa Yahudi itu benar-benar musuh Islam walaupun puak-puak itu mendakwa mereka melayani umat Islam sebagai kawan.

“Jika Yahudi mendakwa sedemikian rupa, mengapa Allah berkata yang sebaliknya pula, mesti ada sesuatu yang tidak kena pada al-Quran ini,” kata Abdul Ahad sebelum mengucap syahadah.

Namun dalam banyak ayat dalam Kitab itu akhirnya Abdul Ahad menyedari kebenaran bahawa Yahudi itu memang musuh Islam. Ia sebagaimana yang terbukti berlaku pada hari ini apabila puak itu sentiasa mengambil kesempatan untuk memerangi umat Islam dalam apa juga bentuk.

Beliau kini adalah seorang pendakwah yang aktif dan komited dalam menjelaskan kebenaran Islam terutama dari aspek sains.

Buku karangannya, The Amazing al-Quran menceritakan segala-galanya. Terlalu banyak di dalam bukunya itu yang mendedahkan pelbagai lagi aspek fakta kebenaran al-Quran yang tidak dilihat dari satu satu-satu sudut semata-mata malah kepincangan kitab Injil turut menjadi tumpuan dalam bukunya itu.

CERITA LAWAK>>>

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,
sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni
menybbkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dg
niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar.
Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt.

Si Ali pun berkata, “Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami
buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan” .

Maka apb hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.

Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan,
“Allah Ta’ala… Allah Ta’ala…” Dg segera tok imam merampas mikrofon drp
Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat
takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun
x khusyuk jgk lg..

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. “Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam.”
Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. “Allahu akbar!” Maka para
makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin
ni pusing ke belakang dan berkata, “Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!”
Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke
depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis
sembahyang.
Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko
niii…

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni… Tapi dgn
bongkaknye si Ciko berkata,

“He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee…”
Tok imam pun terkedu & terpana…

Rabu, 8 Julai 2009

real madrid: pembelian berani dakah akan menguntungkan??

Hari ini,dunia bolasepak telah dikejutkan dengan kemunculan semula 'the galaticos' dibawah kepimpinan florentino perez... persoalannya.. adakah pembelian secara besar-besaran oleh skuad yang berpangkalan dimadrid itu mampu untuk mengembalikan semula kegemilangan mereka??

4 orang pemain baru yang telah diperkenalka
n oleh madrid buat masa ini mempunyai nama yang cukup besar dalam dunia bolasepak... Cristiano Ronaldo,Kaka',Benzema dan Raul Abiol merupakan antara pemain yang boleh dikategorikan sebagai 'permata' bolasepak pada ketika ini..

RAUL ABIOL
CRISTIANO RONALDO
KAKA'
BENZEMA

Persoalannya sekarang.. mapukah pasukan ini mengulangi pencapaian tahun-tahun sebelumnya??? melihat kepada prospek pemain yang ada ini,kita dapat lihat dari segi serangan memang tidak dapat dinafikan lagi..
Ronaldo dibahagian sayap kanan, Benzema sebagai penyerang manakala kaka' akan bertindak sebagai playmaker buat pasukan ini memandangkan berita penghijrahan w.sneijder ke chelsea bertiup kencang pada ketika ini...
Dalam prospek pertahanan pula, pepe dan abiol mungkin akan menjadi pertahanan yang mantap memandangkan penghijrahan semula fabio cannavaro ke italy...

hmm... persoalannya mampukah real menyaingi kelancaran jentera serangan pasukan 'musuh tradisi' mereka barca dalam perebutan mahkota kejuaraan liga priemera spain..

Mampukah abiol dan pepe mengekang messi dan rakan-rakan ditambah pula barca berkemungkinan menerima bekas rakan sepasukan abiol. Davil Villa..

Persolannya.. mampukah pemain-pemain ini membawa semula maruak Galaticos yang sudah tercalar??

kita akan saksikan..

Roanaldo?? Pique know him better..
hahaha...

I'm back!!!!!!! revenge of the pemaleh updater..

Nantikan isu2 terbaru yang akan dikupas secara berani menyentuh aspek sukan,sosial dan kemasyarakatan....
Antara isu2 yang akan dikupas ialah:
-real madrid: pembelian berani dakah akan menguntungkan??
-keberanian pelajar
-lari dari rmh
-doa seorang ibu
-facebook dan sebagainya
-juga isu hangat..... CINTA SEORANG PENJENAYAH


Template by:
Free Blog Templates