Ahad, 3 Mei 2009

Sebuah cerita yang tiada penghujung...

Suatu hari aku telah kepekan.. dengan peja. Niat dihati nak beli barang...(bukan barang 'baik' ok)
Setelah sampai di depan bank islam peja pun berkata kepada ku...
"ado wat jual muroh depan ni wei. Tadi aku dengor mokcik tu kecek dia beli bantal 4 yal jo pauh" (maaf kalau tulis x betol.)
lepas tu aku dan peja pun jalan-jalan dalam kawasan bazar tu. tapi keluar dengan tangan kosong...
pas tu aku pun round2 n jalan-jalan... ni baru intro la...


(Gambar amik kat tenet)

Pada ketika itulah aku terpandng seorang kanak-kanak dalam lingkungan 10-12 tahun (aku agak la) sedang merayau-rayau didepan kedai makan sambil memegang perut dan membetulkan bajunya yang compang-camping..
dari raut wajahnya kelihatan beliau dalam keadaan yang cukup lapar... sebentar kemudian aku melihat seorang pekerja kedai makan tersebut menghalau kanak-kanak itu dan beliau pun lari dalam keadaaan lapar dan sedih. Salahkah andai kiranya sepinggan nasi dihulur kepada kanak-kanak itu.. maafkan akau kerana hanya mampu memandang kerana berada jauh dari kedai tersebut... aku terfikir.. andai semua manusia berkelakuan sedemikian,apakah nasib mereka akn berubah...???
apakah skrip hidup mereka akan tercoret sedikit nada gembira???
Masakan tidak terfikir akan pekedai tersebut akan tingkah laku kanak-kanak tersebutb yang menunjukkan ekpresi muka yang lapar... Mahal sangatkah harga sepinggan nasi dibandingkan dengan sedikit budi???
Aku faham,mungkin pekedai tersebut tidak mahu kanak-kanak tersebut menjadi 'najis' didepan kedainya namun begitu apakah salah kanak-kanak tersebut yang tidak mengerti dengan mendalam erti kehidupan dunia diusir bagaikan anjing kurap..

Apakah nilai sesuap nasi lebih berharga daripada sebuah nilai kemanusiaan... kenapa kanak-kanak tersebut dihaklau sedemikian??
owh..mungkin kanak-kanak tersebut selalu sangat datang kedai dia...
tapi...
jika mereka mengerti dan faham, kenapa tidak berfikir dengan rasional adakah kebaikkan yang pernah kita lakukan itu kan terus dilupakan tanpa ada permintaan seterusnya dari insan yang lansung tidak mampu membalas kebaikkan itu..
benar kata guruku...
"manusia memang cukup 'letih' buat baik,tapi bila buat benda jahat tak pulak rasa nak berhenti"....
apakah nasib budak tadi...
mungkin dia punyai adik-adik yang harus dijaga... tanpa ibubapa..
tak punyai tempat yang selesa....
bayangkan... jiak dia punyai adik-adik yang kecil dan harus dijaga...
apakah jawapan yang perlu dia bagi andai soalan ini terpacul daripada mulut adiknya...
"abang,adik lapar.."
apa jawapan yang harus diberikan kanak-kanak tersebut??? inilah hakikat kehidupan manusia.. yang berlaku tanpa disedari...
dan bagi kanak-kanak itu,andai semua individu dalam masyarakat bersikap demikian maka hidupnya hanya akan menjadi "Sebuah cerita yang tiada penghujung"...
renungkan...

sekadar gambar hiasan

0 comments:

Template by:
Free Blog Templates