Khamis, 3 September 2009

SETULUS HATI SARA

Setulus Hati Sara..


1990….
Keheningan pagi itu direntap kesunyiannya oleh derap tapak kaki yang melangkah. Anak kecil berpakaian compang itu melilau ditengah pecan tanpa arah tuju. Pekan Tanjung Malim. Sebuah pekan kecil yang dari perutnya lahir sebuah silasilah agung. Keturunan pendidik berwibawa. Namun anak kecil itu tidak pasti. Apakah dapat dia menyedut ilmu dari dada keturunan suluh budiman kerana ‘penglihatannya’ terlalu gelap. Terlalu gelap untuk menatap masa depan yang tak pasti corak baginya.
Sara termenung sendirian. Tak pasti mana arah yang harus dituju setelah terpisah oleh keluarganya yang telah sekian lama tidak ditatap wajah mereka. Jangankan hendak menatap. Membayangkannya pun jauh sekali kerana semenjak kelahirannya dia telah terpisah dari ‘nakhoda’ hidupnya. ‘Gendang’ perutnya berbunyi. Sudah lebih 2 hari anak kecil itu tidak menjamah sebarang makanan. Hanya menhirup ‘jus’ dari paip masjid jamek pekan ‘bitara’ yang letaknya berhampiran kedai makan. Namun hati sara cukup gentar meminta belas ehsan dari tuan empunya kedai. Bimbang dirinya dihalau. Tak pernah sekalipun langkahnya melintasi depan kedai itu. Perspektif yang dibina sendiri tanpa melalui pengalaman yang nyata…
Haji Shuib melintasi bangunan Bank Islam seakan terkejut melihat kelibat kanak-kanak kecil itu. Pemikiran ‘warga emas’ itu berputar. Dari mana asalnya anak ini? Mengapa disini? Persoalan yang beiau sendiri tidak dapat mengagak lembaran jawapan yang akan dibentang padanya. Ter gerak hati ‘si uban putih’ itu untuk menghampiri dan bertanya…. Setelah beberapa ketika,kedua mereka berpimpinan tangan menuju kesuatu arah yang pasti akan membawa sedikit ‘sinar’ buat sara…

2008…
Haji Shuib termenung sendirian diatas pankin dihadapan rumahnya yang membawa seribu kenangan padanya. “Entah sampai bilakah agaknya Siti boleh bertahan? Penyakitnya bertambah parah.”. Runsing pemikiran orang tua itu memikirkan permasalahan yang membelenggu anak kandungnya dan juga anak tunggalnya itu. Satu-satunya kenangan yang ditinggalkan oleh saadiah buatnya. Isterinya mennggal selepas melahirkan ‘permata’ mereka. Permata yang hadir dalam hidupnya sebelum kedatangan sara kedalam keluarganya. “Ayah,apa yang dimenungkan tu? Jemput minum air ni.” Sapaan Sara mengejutkan lamunan Haji Shuib. Cantik dan ayu anak kecil itu. Langsung tidak sama dengan apa yang ditemui 18 tahun dahulu. Sememangnya anak kecil itu telah menjadi bunga yang mekarnya amat sempurna. Tapi sayang. Anak kecil yang sudah menjadi dara itu tidak mahu meneruskan pengajian selepas SPM kerana mahu menjaga Haji Shuib yang sudah lanjut usianya. “Ayah terfikirkan adik kamu. Penyakitnya bertambah teruk. Hanya semangatnya yang kental sahaja membantu adik kau itu untuk hidup.”. Sara mengerti. Penyakit jantung yang dialami ‘adik’nya itu hanya boleh dirawat dengan jantung yang baru. Kos rawatannya sahaja telah membuat ‘ayahnya’ merasa sangat terbeban.


21 julai 2008…
“Ayah! Adik pengsan!”. Laungan itu membuatkan keadaan rumah using Haji Shuib berderai suntinya. Cemas. Siti terus dihantar ke hospital menggunakan kenderaaan jiran. Setibanya dihospital Siti terus diberi rawatan kecemasan. Setelah hampir setengah jam menanti satu utusan ‘buruk’ dibawa doctor yang merawat siti.
“Pak cik. Anak pakcik memang dah kronik. Kalau kita tak dapat jantung yang sesuai mungkin kita akan terlambat.” Perkataan ‘terlambat’ itu sudah cukup memahamkan ‘orang lama’ itu. Dia paham. Namun apakah dayanya. Siapakah yang mampu membantu ketika ini? Haji Shuib benar-benar buntu.
“Doktor, boleh tak periksa saya? Mana tahu saya sesuai.” Ayat itu terpacul dari mulut ‘anak kecil’ itu. “Sara!”. Terkejut Haji Shuib mendengarnya. “Cik pasti ke?” Pegawai perubatan itu hampir tidak percaya dengan apa yang didengarnya. “Ya tuan. Saya pasti.”. Setelah pemeriksaan dilakukan,didapati jantungnya sesuai.”Mengapa sara buat ini semua?”. Soal Haji Shuib. “Ayah, sara tak nak jawab semua ni sekarang. Biarlah kita selesaikan dahulu. Nanti ayah akan dapat jawapannya.”.


14 september 2008…
Majlis pengkebumian telah selamat djalankan. Mayat ‘anak kecil’ kecil itu telah selamat disemadikan. Tinggal haji Shuib keseorangan di ‘padang masyar’ dunia itu melihat nisan yang masih baru itu. Tanahnya masih merah. Haji Shuib mengeluarkan kertas yang ditemuiya didalam bilik anak kecil itu….

“Ayah….
Agaknya semasa ayah membaca surat ini sara tidak lagi berada disisi ayah. Pertamanya sara nak ucapkan terima kasih kepada ayah kerana memberi peluang kepada sara untuk menyebut perkataan “ayah”. Perkataan yang hamper tidak dapat sara sebutkan. Sara pasti. Ayah pastinya tertanya mengapa sara lakukan ini semua. Baiklah. Sara akan jawab. Pertamanya sara lakukan ni semua kerana sara sayangkan ayah dan siti. Sara sedar bahawa sara hanya menumpang kasih saying ayah. Sara tak mahu kasih saying ayah terhadap anaknya terhenti begitu sahaja. Biarlah siti menerima haknya. Sara rela berkorban kerana sara tahu siapa dri ini. Keduanya,ayah anggaplah ini semua sebagai bayaran ayah membesarkan sara semenjak hari kita bertemu. Sara sedar sara tak mampu membayar dengan kejayaan dan wang ringgit namun ini sahajalah yang mampu sara bayar buat ayah yang sudi mengambil ‘anak kecil’ ini kedalam keluarga ayah.
Akhir sekali,sara ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ayah kerana member peluang kepada sara untuk mengucapka perkataan ‘ayah’ yang selama ini sara tak pernah kenal.. Terima kasih ayah…

Yang benar,
SARA….

Hati Haji Shuib sebak. Sebak membaca pengakuan seorang anak kecil yang sanggup mengadaikan nyawanya untuk apa yang telah diperolehi olehnya. “Cukup mulia hatimu sara. Cukup tulus hatimu walaupun kau tahu yang kami bukanlah keturunanmu. Terima kasih sara..”
Haji Shuib berlalu pergi dengan hati yang sebak meninggalkan pusara yang tersenyum puas. Puas kerana dapat meneruskan hak seorang anak dengan ayahnya…
SETULUS HATI SARA-3/9/2009 (0335 A.M)
p/s: tiada kaitan dengan yang hidup atau mati. Sekadar rekaan. =)

1 comments:

Cik Sara Aspalela berkata...

ohoh inikah cerpen yg ko kte nk pnjm nme aq kah???bkn b4 ni setulus hati syuhada???xpe aq reda jd 'ank kecil' itu...haha

Template by:
Free Blog Templates