Jumaat, 7 Ogos 2009

TERBANGNYA MERPATI PUTIH...

TERBANGNYA MERPATI PUTIH…
Tanah kubur itu masih merah dan basah ketika pemuda itu sampai pada pagi yang sunyi. Terdengar kicauan beburung menari riang didada pelangi. Pemuda itu menatap sayu ‘dua batu’ yang menjadi petanda beza hidup mereka. Sebak hatinya melihat tanah yang merah itu. Baru sahaja rasanya mereka berjumpa dan kini sudah terpisah…

1995..
Tahun ini pemuda itu masih berusia 7 ketika pulang bercuti di desa yang terletak diutara tanah air. Pada ketika ini dia dan keluarganya menetap disabah. Kesempatan pulang bercuti akan digunakan sebaiknya. Riak wajah tok dat menyambut kepulangan cucunya itu memang tergambar dengan jelas tanpa perlu ditafsirkan lagi. Pelbagai perancangan telah dibuat untuk meraikan kepulanagn cucunya itu. Petang itu,Tok Dat mengajak pemuda itu menuju ke sungai untuk mandi dan mencari ikan sungai. Sesekali terdengarsuara jeritan ‘pemuda’ yang masih kecil itu. Jeritan keriangan seorang kanak-kanak. Pernah suatu hari,satu peristiwa terjadi yang memang sukar dilupakan oleh pemuda itu dan ianaya akan terus kekal dalam ingatan. Tok Dat mengajak cucunya pergi kekedai menaiki basikal tuanya. Entah mengapa pada hari itu pemuda itu terlalu riang sehingga lupa menjaga ‘tari’ kakinya dan kakinya telah tersangkut pada roda basikal dua itu. Meraung ‘anak kecil’ itu. Kasihnya seorang datuk pada cucunya tidak dapat digambarkan. Bersusah payah Tok Dat mengeluarkan kaki cucunya itu dan membawa ‘budak’ it uterus pulang kerumah sambil berlari meninggalkan sahaja basikal tuanya dan beg sirehnya itu ditengah jalan. Hatinya cukup risau akan kanak-kanak itu. Kasihnya seorang datuk…

2001..
Pemuda itu akan mendaftar masuk ke sebuah sekolah menengah agama didaerah baling,kedah. Persiapan telah diatur. Haji Bali cukup bangga akan cucunya yang satu ini. Dicanangnya cerita ini sehingga keseluruh kampung. Haji Bali melihat dia bakal menggantikan tempatnya sebagai bilal kampung tersebut. Pada masa itu,ibubapa kanak-kanak tersebut bertugas diselangor dan dialah yang akan menjaga ‘pemuda’ itu di tanah ‘Raja Bersiong’ ini. Datuk mana yang tidak gembira pabila cucunya dapat memasuki sekolah yang terbaik didaerah kelahirannya/?. Hari itu menjadi hari yang cukup bahagia buatnya. Tok Dat turut berkayuh basikal kerumah besannya untuk menemui cucunya itu..
Pemuda itu sebak ditanah perkuburan itu. Memori yang memang tidak dapat dilupakan bersama dua orang yang banyak berjasa padanya. Terimbas kembali dikala pemuda itu pulang bercuti semasa cuti sekolah asramanaya. Tok Dat sentiasa akan memangglnya untuk menggunting rambut ‘putih’ orang tua itu. Walhal bukan tiada tukang gunting tapi sayangnya kepada cucunya ini sehingga tidak mahu rambutnya dgunting orang lain. Hanya mahu digunting pemuda itu. Menjadi satu kebiasaan apabila sudah bergunting,pemuda itu akan ditugaskan membeli barang keprluan dapur rumah Tok Dat. Menitis air mata ditanah perkuburan membasahi pusara pada pagi itu. Terlalu sebak. Sebak untuk mengenang kembali memori. Sebuah kisah yang memang takkan kembali tertulis.Terlalu banyak kisah yang membuatkan pemuda itu senyum dalam tangisan.

2007..
Pemuda itu yang baru tamat peperiksaan STPM disebuah sekolah di klang pulang untuk menghabiskan cuti dikampung. Pada masa cutinya itu terjadi satu peristiwa yang benar-benar akan tinggal dalam lipatan sejarahnya. Tok Dat jatuh sakit. Dia dimasukkan ke hospital daerah Baling. Selama 2 malam pemuda itu menjaga datuknya dihospital. Sayu hatinya melihat orang tua itu yang selama ini memberikan kasih saying yang cukup mendalam terbujur diatas kati. Pemuda itu mengengam erat tangan orang tua tu. Pada waktu magrib setelah 3 hari dihospital, semua ahli keluarga datang melawat Tok Dat. Melihat bilik rawatan yang penuh itu pemuda itu meminta diri untuk kesurau bersolat magrib sebentar. Entah mengapa,solatnya pada ketika itu terlalu sedih dan tidak sedap hati. Sebak datang tiba-tiba. Setibanya di wad setelah solat,seakan percaya dan tidak pemuda itu melihat jasad datuknya telah diselimut dengan kain putih. Terkesima dan kala itu air mata ‘jantan’ jatuh berderai. Mengapa dia tiada disisi orang tua itu saat menghembuskan nafas terakhir. Terkilan rasanya. Kenangan indah dan semyum tawa menganggu fikiran pemuda itu. Sekali lagi air matanya tumpah.

2009..
Pemuda itu pulang bercuti setelah tempat pengajiannya diserang H1N1. Kepulangan pemuda disambut oleh Haji Bali dengan mengajaknya minum kopi kampung. Bercerita rancak orang tua itu. Sesekali mereka ketawa bersama. Tok mah tersenyum melihat keramahan cucu dan datuk itu. Sabtu. Petang itu Haji Bali tiba-tiba sakit. Pemuda itu gelisah. Namun setelah diurut oleh ‘doktor kampung’ beiau pulih semula. Lega hati pemuda itu. Malam itu pemuda itu membawa rakannya pergi mandi air panas. Keinginannya untuk mandi tiba-tiba hilang. Terasa bagai ada yang tidak kena pada malam itu. Ketika memandu pulang,ayahda pemuda itu menalifon. Diangkat dan tanpa salam terdengar suara “Yan,balik rumah. Tok Wan dah tak dak”. Bercucuran air mata pemuda itu.. ketika memandu pemikirannya teringat memori bersama dan kali ini dia terkilan lagi kerana tiada disisi seorang lagi datuk yang banyak berjasa pada cucunya..
Pemuda itu bangkit. Melipat tikar dan berjalan pulang. Pagi ini dia kan pulang ketanjung malim. Tempat pengajiannya.Surah Yassin dipegang erat. Teringat kembali memori lama. Memori yang mengusik jiwa. Tanah perkuburan itu seakan turut bersedh. Hujan renyai-renyai turun membasahi tanah yang masih merah itu. Mengiringi pemergian pemuda itu meninggalkan tanah yang menyimpan kenangan dan memori yang cukup indah. Memori antara dua insane yang digelar ‘Datuk dan Cucu’. Benarlah kata orang.. Datuk akan lebih rapat dengan cucunya berbandinga nak sendiri. Kini,memori itu akan tumbuh mekar. Semekar bebunga yang ada ditanah pekuburan itu. Biarlah memori ini menjadi kenangan yang indah buat pemuda itu. Hujan yang turun mengambarkan kesedihan hatinya… Teringat pesa arwah Tok Dat “Kalau kita sedih macam mana sekalipun, cubalah mengembirakan orang lain sebab keceriaan kita akan membahagiakan orang”.. Pesan yang pastinya kukuh dalam ingatan,, Seteguh nisan ditanah perkuburan itu. Pemuda itu melangkah pergi dalam renyai hjan yang ‘sebak’…

*ALFATIHAH BUAT DATUKKU HAJI ABDUL RAZAK YANG KEMBALI KERAHMATULLAH PADA DISEMBER 2007 DAN HAJI HAMBALI PADA OGOS 2009. BERSEMADILAH KALIAN DIBAWAH LEMBAYUNG ILLAHI… SALAM SAYANG DARI CUCUMU..

6 comments:

ninim berkata...

Ryan..aku tak tipu..nangis aku baca...teringat pada arwah tok wan aku,,,,

ieda_hidayah berkata...

ryan.... bykkan besabo k...
salam takziah....
terkilan la xbgtaw dik pon psl ni...
dats y i feel smthg wrong when u said u want to come back early...

ryan kiryu berkata...

thanks to all...

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil berkata...

erk.

alfatihah.
sedey2.

miEn.. berkata...

ryan...
takziah....
aku fham perasaan ko...
al-fatihah untuk arwah...

sHUe88 berkata...

setiap yang hidup psti akan pergi suatu hari nanti...
itu hakikat yang kita perlu tempuh walaupun terlalu pahit...
bykkan sabar n berdoa semoga roh mereka sentiasa berada dalam kalangan orang-orang yg beriman dan bertakwa..

=)

Template by:
Free Blog Templates