Selasa, 28 Julai 2009

Antara Kaabah dan Eiffel Tower

Antara Kaabah dan Eiffel Tower…

KLIA.. Julai 2009
Penerbangan MAS selamat mendarat di lapangan terbang kebanggan rakyat Malaysia. Penerbangan yang menempuh jangka waktu yang cukup lama dalam ‘rangkaknya’. Dibalai ketibaan sudah ada sekeluarga melayu berpakaiaan tradisi masyarakat melayu islam. Si bapa mengenakan baju melayu dan berserban manakala si ibu berjubah dan bertudung labuh. Sayup pasangan tua ini menanti ketibaan seorang yang bernama Ihsan bin Hj Musa. Dari jauh terdengar satu kalimah yang sudah lama dirindui pasanagan tua ini. “Mak,abah! Sini!” ihsan memekik memanggil kedua orang tuanya. Mak Semah begitu gembira melihat kelibat anak sulungnya yang sudah sekian lama terpisah. Anak sulung yang pertama dikandungnya. “Abang,jom ke sana. Anak kita bang.”. Namun Pak Musa berasa agak terkejut dan pelik melihat tingkah laku seorang pemuda itu. Tidak dituruti terus langkah isterinya. Melangkah longlai sambil kotak fikirannya tertanya-tanya.. “Benarkah ini anakku?”… persoalan tanpa jawapan terus bermain di dalam ‘keranda’ pemikiran Pak Musa. Dibiarkan persolan itu terus berlegar dan cuba menguntum senyuman pahit pada ihsan. Bukan tidak mengenali anaknya tetapi Ihsan ini bukannya Ihsan 5 tahun dahulu. Bukan. Jauh sangat bezanya.. Pak musa melangkah dengan seribu ‘daunan’ persolan di pohon pemikirannya..

Memapah memori….

Kolej Islam Sultan Alam Shah atau KISAS. Nama yang ckup gah dikalangan pelajar Malaysia khususnya pelajar muslim. Adat dan tradisi kehidupan di sekolah ‘kluster’ ini amat berbeza dengan sekolah berasrama penuh yang lain. Percakapan antara lelaki perempuan terbatas. Tidak terdedah. Peraturan yang ketat tidak langsung dianggap sebagai satu bebanan. Namun ianya sudah sebati dengan kehidupan warga bumi ‘waqafan’ itu. Ihsan sedang melakukan latihan Matematik tambahan ketika dia didatangi Saiful Islam. Sahabat sekelasnya. “Anta lepas ni mahu melanjutkan pelajaran ke mana?” soal sahabatnya dalam perbualan digazebo asrama Blok Ali. Nama yang cukup dikenali oleh umat islam. Ali bin Abi Talib. “Ana ingat nak sambung belajar di perancis la. Disana katanya maju dalam ilmu sains dan kejuruteraan.”. Ringkas dan berisi jawapan Ihsan. “Mengapa tidak ke mesir? Ana lebih suka ke mesir. Mendalami ilmu agama nabi kita disana.”. Ihsan tidak menjawab. Dalam pemikirannya terfikir satu persoalan. “Wajarkah aku menjawab seperti itu tadi?.Apakah mereka fikir dengan memasuki sini hanya boleh ke mesir dan menuntut ilmu agama sahaja?”. ”mempelajari ilmu kejuruteraan dan sains lebih baik di barat.”. Ayat yang diatur dalam’almari pemikiran’ Ihsan tanpa sedar dibumi arablah lahirnya Ibnu Sina,Alkhindi,Al farabi,Ibnu Khandun dan ramai lagi.Tetapi barat?? Gubahan sejarah meracuni pemikirannya. Pemikiran yang ditambah pula dengan bisikan dari “Al-khannaz” yang meracuni kotak pemikiran umat Muhammad ini. Termenung jauh Ihsan. Termenung sambil memandang kubah masjid Sultan Sulaiman yang berdiri megah di tengah-tengah Bandar Klang. Bandar yang sudah seakan-akan menjadi Kota Jakarta… Keadaan manusia di warung Wak Kanang tidak langsung menganggu pemikiran Ihsan…. Kini,hatinya tersoal. Apakah masa depan telah tertulis untuknya atau dia yang harus ‘mencoret’ sendiri ‘kertas’ hidupnya…

Merantai jiwa dan jasad…

‘Peliharalah diri kamu dan ahli keluargamu dari azab api neraka..”

Ayat tersebut difahami dengan mendalam oleh Pak Musa. Ketika itu fikirannya serta merta teringatkan kepada Ihsan. Anaknya itu sudah lain benar. Lain dari Ihsan yang dahulunya merupkan anak yang tidak pernah hidupnya dan personalitinya berubah sama sekali.
“Alah,setakat pakai macam ni biasalah ayah. Lagipun masa kat paris dulu ramai apa orang yang pakai macam ni. Anak melayu kita pulak tu.” Betah Ihsan ketika diajukan pertanyaan tempoh hari. “Memang.Ayah tak nafikan tapi tak senonoh pakaian kamu ni Ihsan”.”Setakat pakai macam ni takde nya saya nak jadi murtad ayah.”. Satu jawapan yang cukup tajam dan bersahaja dari Ihsan. Jawapan yang menyentap jiwa Pak Musa. Anak yang selama ini diberikan didikan agama yang secukupnya dan tidak pernah diabaikan memberikan jawapan yang cukup sinis.”Memang. Ayah tak cakap kamu buang agama tapi mana penghayatan kamu terhadap islam?” terpukul dengan jawapan itu Pak Musa telah memberikan satu persoalan kepada anaknya itu. “Ayah malu Ihsan pabila orang kampung berkata yang anak imam kampung berpakaiaan seprti orang barat.”. Luah Pak Musa terang-terangan. “Eleh,orang lain boleh pulak pakai macam ni. Tak pulak orang kampung nak kecoh. Ingat ihsan nak pergi kaabah ke kena pakai sopan santun?”. Pang!. Satu perbuatan yang tidak pernah diduga menjulur keluar dari tangan seorang ayah yang tidak tahan dengan jawapan yang cukup biadap dari ayahnya. “Aku tak pernah ajar anak aku cakap macam tu apatah lagi mempermainkan rumah Allah.”.”Ye la. Ayah memang. Nak sangat jaga status depan orang kampung. Setakat jadi imam kampung tak nya kaya. Ayah pun kadang-kadang tak betul. Patutkah seorang imam menggunakan kekerasan dalam menegur?” luah Ihsan dalam nada tidak puas hati. Pak Musa terkesima. “Keluar kau dari ruamh ni. Aku tak nak trengok muka kau lagi.”.”Hoi orang tua. Kau ingat aku nak sangat ke duduk rumah yang ‘alim kucing’ macam ni?”. “Ok. Malam ni aku berambus dari sini.”. Serentak itu Ihsan terus keluar dari rumah dan menghala keluar membawa diri. “Celaka.”. Ayat yang tidak patut keluar dari seorang anak. Dan ketika itu ‘ketua neraka’ betepuk gembira kerana Berjaya merosakkan hubungan anak dan ayahnya.

Antara kaabah dan Eiffel Tower…

Jenazah Pak Musa telah selamat dikebumikan. Hari tu ihsan pulang bagi melihat jasad terakhir arwah ayahnya. Hanya selepas dimaklumkan oleh ahli keluarga terdekat yang sentiasa menghubungI Ihsan…
Tiga hari kemudian…
“Ihsan.. Ni buku tabung haji kamu. Tahun ni kamu akan pergi mengejakan umrah.” Tutur pak long nya. “Tapi pak long,saya mana pernah ada buku ni. Akaun tabung haji pun saya tak ada.”. “Itulah yang kamu tak tahu. Arwah ayah kamu dah lakukan semuanya semenjak kamu masih sekolah lagi. Hajatnya mahu membawa kamu melihat sendiri kota kaabah. Kota yang dibina oleh Ibrahim dan anaknya Ismail a.s. Semua ni lambang kasih seorang ayah pada anaknya Ihsan. Sebagaimana kasihnya Ibrahim pada Ismail,sebegitu jualah arwah kasihkan kamu. Kamu sahaja yang tidak tahu semua ini. Pada hemat kamu menara Eiffel yang lebih kamu banggakan sedangkan ia tidak langsung memberi makana dalam hidup kamu. Sekarang,ayah kamu mahu buktikkan yang Kaabah binaan Nabi Ibrahim dan ismail lebih bernilai dan lebih memberi makna dalam kehidupan kasih saying seorang ayah dan anaknya.” Panjang ‘khutbah’ yang disampaikan kepada Ihsan umpama menyampaikan amanat terakhir seorang arwah pada Ihsan. “Ingat ihsan nak pergi kaabah ke kena pakai sopan santun?” ayat itu tiba-tiba muncul dalam kotak pemikiran Ihsan…. Kaabah.. ya,aku telah melupakan dirimu dan lebih mengagungkan Menara Eiffel di perancis….
“Ustaz,bolehlah. Jemaah pun dah ramai.” Satu suara menegur Ihsan. Ustaz Ihsan. Kini beliau mengambil alih jawatan bapanya sebagai Imam kampung tersebut… lamunan ihsan terhenti dan terus bangun. Kini barulah dia mengerti.. Kaabah bukan sekadar binaan sejarah tetapi juga lambing kasih sayang seorang ‘Ibrahim’ pada ‘Ismail’nya… Antara Kaabah dan Eiffel Tower, hanya satu lambing kasihnya ayah… Sekian.
-Hargailah nasihat bapa anda-
*p/s: hua… jam la plak…. Cite ni xdak kena mengena ngn budak kisas k? Sekadar rekaan.

1 comments:

miEn.. berkata...

ok...citer ni ok jer...
cter yg ijazah utk bonda lg mnyentuh ari ar..
keep it up..!!!

Template by:
Free Blog Templates