Jumaat, 4 September 2009

GUGURNYA BUNGA BANGSA....




Gugurnya Bunga Bangsa…

September 1941..
“kapal terbang Jepun yang dianggotai oleh pengebom Kamikaze telah berlepas dari kapal pembawa kapal terbang di Pasifik, tanpa amaran telah menyerang dan mengebom Pearl Harbour, pangkalan tentera laut Amerika di Lautan Pasifik dan telah berjaya memusnahkan armada laut Amerika”…..
Alias memandang sepi jendela tingkap rumah orang tuanya itu. Berita serangan tentera jepun keatas armada laut tentera amerika di Pearl Harbour yang didengar dar corong radio sebentar tadi menyebabkan pemikiran beliau agak terganggu. Bagaimana alias bisa meneruskan pengajian di sekolah inggeris itu. Tapi pada masa yang sama tersemat satu rasa bangga. Bangga akan kejayaan bangsa timur melawan bangsa barat yang sudah sekian lama menjadikan benua ini sebagai ‘hamba’ mereka. Pada pemikiran anak muda ini,biarlah kebebasan sebenar akan terserlah pada hayatnya. Dia tidak rela tanah Dato’ Bahaman ini terus ternoda dan dijadikan tempat melepaskan ‘nafsu’ oleh penjajah durjana. Tidak. Dalam hati anak muda ini tersingkap satu persoalan… Mampukah bangsanya membebaskan ‘ibu’ mereka yang ternoda sekian lama oleh ‘nafsu serakah’ penjajah.

Ogos 1957..
Hari ini alias puas. Hati dewasa alias gembira kerana setelah sekian lama menanti saat ini akhirnya kebebasan yang dicari setelah sekian lama akhirnya menjadi kenyataan. Hari ini Negara ini merdeka,hari ini bumi Tun Tuah tak lagi terjajah,bumi yang menyimpan sejarah dunia tak lag terperangkap dalam kekejaman penjajah… Alias terfikir sejenak. Andai kemerdekaan ini tidak dapat di jaga oleh anak bangsanya pada masa akan datang, adakah ianya akan kekal buat selamanya? Perkara inlah yang menghurung pemikiran alias.. dia sudah sering berada dibawah tapak kaki penjajah durjana.. masih teringat lahgi tatkala dia disuruh minum air sabun oleh ‘matahari’ ekoran keengganan alias memanjat pohon kelapa yang tinggi melayut itu. Mujurlah dia tidak mati akibat seksaan itu. Pada masa yang sama perasaan bangga alias terhadap ‘bangsa timur’ telah terhapus. “Harapkan pagar,pagar makan padi”. Begitulah keadaan yang dialami alias dan rakyat tanah melayu yang lain sewaktu era penjajahan dahulu…

Ogos 2008…
“Apa kena dengan kau ni johan? Pakai tak senonoh. Cuba pakai sopan sikit. Puja sangat budaya barat. Inilah jadinya. Dah tak kenal pakaian bangsa sendiri.” Leter Tok Lias pada cucunya yang sememangnya taksub dengan cara pemakaian oleh artis-artis barat khususnya mereka yang mempelopori aliran R&B dan Hip-Hop. “Ala,rilek la tok. Ni kan fesyen zaman sekarang. Kecoh la.”.Memang la fesyen tapi aku tengok kau tak pernah pulak nak pakai pakaian melayu. Baju yang ayah kau belikan pun tak pernah pulak kau sentuh. Simpan saja dalam almari.”. Tok lias cukup faham perangai cucunya itu. Mindanya memang sudah diracuni oleh budaya barat yang keterlaluan itu dan ini menyebabkan dia seakan hilang identity bangsa. Perkara yang ditakuti tok las dahulunya kni telahpun wujud didepan mata beliau. “Cuba tok cakap dekat saya,pakaian bangsa melayu ni ada ke pernah berubah? Dari zaman hang tuah rasanya tak pernah ak berubah. Ayik baju fesye sama je.”. Memang. Tok Lias tak nafikan. Bangsa melayu memang kurang dalam bahagian fesyen. Tapi jangan pula bila fesyen jadi ikutan cara hidup pun mesti dituruti sama.

30 Ogos 2008

Esok merupakan hari kemerdekaan. “Malam ni kemana kau?”. Soal tok lias pada Johan. “Dataran la Tok. Sambut dengan member.” “Eh,tak usah lah. Kita ke surau Taman Ni. Atok dah rancang nak buat majlis tahlil sikit semperna merdeka dan buat pahlawan-pahlawan kita yang berjuang dulu.”. Hati tua tok lias berharap benar Johan akan megikuti semua yang dirancang. Dia takut benar pemikran cucunya kan dijajah sebagaimana terjajahnya Malaya dahulu. Memang tidak Nampak sekarang ini penjajahan dari segi peperangan namun penjajahan dari asppek pemikiran dan adat telah lama dilakukan oleh barat terhadap kita.

11.40 malam… 30 Ogos 2008
Haji Alias berjalan pulang. Puas rasanya hati tua itu. Majlis tahlil sempena kemerdekaan yang dirancang berjalan lancar. Selaku imam taman itu wajar rasanya beliau menjalankan tugasan itu. Entah mengapa lain benar rasanya malam itu. Cukup tenag perjalanan pulang Haji Lias menaiki motorsikal lamanya. Perjalaanan pulang untuk menyambut ambang merdeka dengan secawan kopi dan sehidang ‘kenangan’ sedang bermain difikiran ‘Orang lama’ ini. Namun,kesuyian malam itu tidak lama dirasai. Tanpa disedari.. Ketenangan malam itu diragut deruman enjin motorsikal dari mat rempit yang sedang berlumba. Haji Lias kaget. Tanpa disedari Haji Lias telah berada ditengah-tengan mkumpulan motorsikal itu. Pemikirannya gelap. Hanya dentuman kuat yang dapat didengari beliau. Terasa ada cecair panas mengalir di pipinya. Dia tahu. Hayatnya tidak mungkin panjang lagi. Mungkin malam ini adalah malam penghabisan baginya. Malam yang tidak mungkin ditemui lagi. Hati haji lias berdoa agar bangsanya pada masa hadapan dapat membina hari yang sama untuk generasi seterusnya. Dalam hatinya bimbang andai penjajahan minda terus berlaku sampai bilakah kemerdekaan akan dinikmati?
Persoalan itu terus berlegar sambil Haji Lias berdoa agar negaranya sentiasa aman sejahtera tidak seperti dahulu kala. Doa yang diaminkannya seorang diri sambil matanya terpejam. Mengakhiri riwayat seorang insan yang berjiwa patriotic. Yang sukar dicari ganti…. Tepat jam 12.00 tengah malam 31 Ogos 2008,’bunga itu gugur. Gugur bersama lembayung kebebasan yang terharap didada…. Gugurnya Bunga Bangsa.. *p/s: SELAMAT HARI MERDEKA 2009!!

7 comments:

fifie berkata...

cite ni wat sdiri ke? ;)

ryan kiryu berkata...

yap... suma idea sendiri..

fifie berkata...

waoowww..terer gak karang mengarang ni yerk :)

ryan kiryu berkata...

tgk keyboard la...
e-view 2!! (RM12)..
hahaha

fifie berkata...

ape kena mengena dgn keyboard lak huhuhuuuu...

ryan kiryu berkata...

entah la..
hahaha

fifie berkata...

sengal merepek je keje die :P

Template by:
Free Blog Templates