Isnin, 27 Julai 2009

MENUJU MUARA HIDUP...

Menuju Muara Hidup….
Abdul Rahmat Bin Abdul Zahir… Begitulah nama yang tercatat pada kad pengenalan seorang insan yang sedang termenung dibawah pohon rambutan didepan rumah usangnya. Kitika usianya menginjak menjangkau 71 tahun,air mata situa ini tidak sekalipun menitis mengenangkan akan kekecewaan dan penderitaan hidupnya. Namun pada hari ini air mata tuanya menitis gara-gara perbuatan orang kampung yang telah melemparkan kata-kata nista dan kesat ekoran dari ‘buah’ fitnah yang dilemparkan oleh rakan karibnya sendiri. “Kau jangan ingat aku tak tahu yang semua hasil jualan ikan kami kau selewengkan. Kau komplot dengan tauke chong, lepas itu semua duit tu kau makan sorang. Jangat ingat aku tak tahu mat!”. Kata-kata Pak mail masih lagi terngiang di ‘awan’ pemikiran Pak Mat. Nama panggilan bagi penduduk kampung Seri Serumpun yang terletak di pantai timur. Entah la. Si tua itu terus termenung mengenangkan akan kata-kata tersebut tambahan pula ianya di keluarkan dari mulut seorang yang telah lama ‘meniti jambatan hidup’ bersama-sama.
“Ayah,mari makan. Mak dah sediakan makanan didapur. Sudah la. Jangan difikirkan sangat perkara tu” sapa anak perempuannya yang berusia 20 tahun. Sayang. Anak ini terpaksa mengorbankan masa depannya untuk melanjutkan pelajaran ekoran dari kesempitan wang yang dialami oleh ‘si tua’. “Kamu takkan faham hati dan perasaan ayah.Kamu takkan faham apa yang ayah rasa.” balas Pak Mat lemah tanpa mahu memanjangkan cereka yang sedang di tulis ‘skripnya’ itu. Amat pedih andai kepercayaan dan kesetiaan seorang insan yang bergelar sahabat musnah akibat satu salah sangka yang tidak diduga.Semuanya gara-gara pak mail terlihat kelibat kereta tauke chong keluar dari perkarangan rumahnya beberapa hari yang lalu. Kedatangan tauke chong yang datang semata-mata meminta jasa baik pak mat bagi ‘mengunci’ mulut nelayan kampung tersebut telah disalah tafsirkan oleh pak mail. Pak mail kemudiannya menyebarkan fitnah kononnya wang penjualan ikan telah diselewengkan tauke chong dan pak mat telah menjadi sebahagian dari ‘najis dalam nasi’ kehidupan mereka. Pak mat sendiri tidak mengerti bagaimana perkara ni boleh terjadi. Manusia…. Pabila marah menguasai diri,berbagai perkara boleh terjadi.
Mengota janji sahabat….
Andai isteri nabi s.a.w pernah difitnah,inikan pula umatnya yang lemah. Andai Adam dan Hawa pernah terhasut syaitan,inikan pula cucu-cicitnya. Petang itu,pak mat terserempak dengan pak mail yang kebetulan baru pulang dari laut. Kata-kata yang amat menyakitkan terhambur dari mulut insan yang pernah dianggap sebagai ‘sahabat sehidup semati’ oleh pak mat. “Hai,lama tak Nampak kau kelaut? Banyak sangat ke duit yang tauke suap kat kau mat?”. Kata-kata tersebut dilemparkan dengan secebis amarah dan dendam bagaimana marahnya Abu Jahal sewaktu mengetahui anak saudaranya menyebarkan islam. Mungkin marah seprti itu jualah yang sedang dialami oleh pak mail dan sesetengah penduduk yang termakan ‘buah’ fitnah tersebut. “Mail..kau jangan cakap macam tu. Demi Allah aku tak buat kerja tu mail.”.”Sudahlah mat,selama ni aku percaya yang kita sahabat dan benda yang kau buat ni bukan menggambarkan kau seorang sahabat tetapi seorang pengkhianat mat! Pengkhianat!” penuh dengan rasa ketidakpuashatian ayat tersebut duhamburkan dari mulut pak mail. “Sudah mail! Kalau kau masih tak percaya lagi aku akan buktikan mail yang aku memang tak terlibat. Aku akan buktikan. Dan hari tu kau akan menyesal sebab telah melemparkan kata-kata sebegini kepada aku mail.” Serentak itu pak mat berpaling dan terus beredar dari situ. “kau makan la duit haram cina gemuk tu mat!! Makan la!” laung pak mail yang masih tidak puas hati. Mengalir air mata situa bila terdengar kata-kata tersebut. “Aku akan buktikan mail… suatu hari nanti kau akan menyesal sebab tuduh aku.” Getus hati kecil situa sambil menyapu air mata tuanya yang mengalir dipipi wajah nan sayu… sesayu hatinya…
“Maka apakah lagi nikmat tuhan yang kamu dustakan?” Surah Al-Rahman…..
“Nikmat tuhan… Apakah ini nikmat atau ujian?”. Hati pak mat berkata. Dia akan membuktikan bahawa silapnya sahabat itu akan terbentang jua.
Terbongkar…
Sang cengkerik menyanyi riang sewaktu situa sedang melintasi pohon yang dihinggapinya. Malam itu pak mat pulang lewat dari surau. Entah mengapa hatinya umpama merasakan bahawa mala mini merupakan ibadah terakhirnya kepada Allah. Malam itu pak mat beribadah umpama tiada esok yang akan menjelma. Umpama tiada lagi sinar mentari buatnya. Sewaktu melintasi kawasan jeti yang selalunya digunakan untuk mengangkut dan menjual hasil tangkapan para nelayan disitu, pakmat terpandang akan kelibat manusia sedang berkata-kata sesuatu dibawah limpahan cahaya bulan. “Tauke chong? Apa yang dibuatnya malam-malam begini?”. Mengintai dari balik stor kayu yang sudah hamper seusia dengannya pakamat dapat mendengar dengan jelas perbualan ‘cina tamak’ itu. Sah! Tauke chong telah mengunakan wang hasil jualan mereka dengan cara yang tidak benar. “Hoi tauke! Jadi selama ini memang betul lah kau yang tipu semua duit orang kampung?” sergah pak mat tanpa mengetahui malam itu merupakan malam terakhirnya menatap awan gelap dimuka bumi tuhan yang esa. “Ya la. Memang wa yang buat. Tapi wa talak takut sikalang sebab olang kampung sulah tahu yang sebenarnya lu yang tipu diaolang. Hahaha.”. sempat pak mat menatap wajah seorang lagi yang tidak dikenalinya,namun pak mat percaya dia juga dalang disebalik penipuan ini. “Kurang hajar kau.” Pak mat tanpa menggunakan kewarasan telah mencapai sebatang kayu dan mahu memukul tauke chong. Namun,semuanya terlambat apabila lembaga yang tidak dikenalinya telah melepaskan tembakan yang tepat kedada pak mat….
Ketika itu,sebahagian orang kampung termasuk pak mail sedang minim kopi ‘kampung’ diwarung timah janda terkejut akan bunyi tembakan itu dan mendapati ada sesuatu yang berlaku di pankin jeti mereka. Meraka semua bergegas kesana dan mendapati ada tiga lembaga disitu. Sebelum hamper ke jet tersebut,pak mail mengarahkan agar mereka perlahan lahan menuju ke jeti agar tidak disedari lembaga tersebut…
“Sikalang lu sudah tau yang suma ni wa punya kerja jadi lu mampos la. Hahaha.”. pak mail tersentak mendengar kata-kata tersebut kerana terasa berdosa terhadap pak mat. Beliaulah yang menyebarkan fitnah kononnya pak mat berpakat dengan tauke. Malam itu,keadaan jeti menjadi riuh apabila orang kampung telah menyerbu dan memberkas tauke chong dan lembaga tersebut.
Kini… semuanya telah selesai… tauke dan ‘lembaganya’ dibawa kebalai polis.
“Mat.. aku minta maaf mat. Aku berdosa pada kau mat.” Sayu suara pak mail sambil meriba kepala sahabatnya itu. “Tidak mail. Aku tak pernah salahkan kau. Mungkin inilah kesudahan hidup aku. Namun aku tetap puas sebab aku dah buktikan yang aku tak bersalah. Cuma aku nak kau tahu mail.. seorang sahabat tidak akan sesekali mengkhianati sahabatnya. Kau sahabat aku mail,dari kecil sampai tua ni. Kita membesar bersama mail. Aku harap kau akan ingat aku mail… ingat aku sebagai seorang sahabat yang telah bersama-sama denagn kau mail.” Darah membasahi baju melayu lusuh pak mat. “Dan satu lagi mail… tolong tengok-tengokkan keluargaku. Aku menharapkan kau mail.”.”insyaallah mat. Aku akan jaga mereka macam keluarga sendiri.”….
Malam itu genggaman situa terlerai dari genggaman tangan sahabatnya.Setitis air mata mengiringi pemergian si tua menghadap tuhan yang esa. Hembusan nafas terakhir si tua itu bernada puas. Puas kerana Berjaya membuktikan erti ‘sahabat’ kepada seseorang yang bererti dalam hidupnya… dan kini… muara hidup si tua itu telah pun hayut dipukul ombak maut yang menjemputnya….. sekian

-hargailah sahabat anda kerana tanpa sahabat,anda tidak akan menjadi sebagaimana anda hari ini- raiyan09
*p/s: ada sebarang cadangan cerpen? Bagi tajuk sedih2 sikit… baru feel skit aku berkarya…

0 comments:

Template by:
Free Blog Templates