Isnin, 27 Julai 2009

IJAZAH BUAT BONDA...

Ijazah buat bonda….

Pagi hening di kampung Pohon Rendang yang damai itu sesekali dikejutkan dengan bunyi kawanan beburung yang ayik berterbangan sambil menyanyikan lagu riang. Kehidupan masyarakat desa pada hakikatnya semakin dilupakan oleh kemajuaan dunia yang makin ‘membesar’ tanpa memberikan sedikit peluang buat warga desa untuk mengecapinya tidak langsung menggusarkan pemikiran Mak Som. Pada nya biarlah dunia ini terus begitu namun apa yang penting dunia hidupnya akan terus bersinar. Mak Som tahu.. Semenjak peninggalan suaminya meuju ke hadrat ilahi hanya 1 sahaja harta yang ditinggalkan buatnya… Harta yang bernama ‘Siti Aisyah’.
“Mak! Orang dapat masuk universiti mak!”. Suara yang cukup dikenali oleh Mak Som memaklumkan perkara tersebut kepadanya. Suara yang pernah dikandungkan selama Sembilan bulan. Suara yang ditatangnya bagaikan menatang ‘emas terakhir’.”Alhamdulillah.” kalimah agung itu meresap dan terucap oleh bibir hati seorang ibu tua yang hanya menunggu ‘tiket’ untuk bertemu dengan penciptanya… Masa berlalu begitu pantas.. Kini ‘buah hatinya’ sudah 3 tahun menuntut ilmu di Universiti yang telah melahirkan ramai tokoh yang bertangungjawab meleraikan simpulan penjajah di tanah ‘Hang Tuah’ ini..
“Mak,orang nak pakai duit dalam Rm 500 la mak… nak beli buku.”. Terkesima Mak Som mendengar ayat tersebut. “Pensyarah cakap buku tu bagus mak.”. Ayat penyata yang cukup murni dari seorang anak kepada ibunya yang ‘bodoh’ akan ilmu dunia. “Nantilah mak usahakan.” Luah Mak Som pada anak kesayangannya itu tanpa mahu si anak mengeluh. “Makanlah dulu nasi tu. Karang sejuk pula.”. Malam itu lena Mak Som tidak selena malam sebelumnya. Subuhnya tidak sekhusyuk subuh Abu Bakar alsidiq. Bacaannya tidak semerdu bacaan zaid. Selesai solat Mak Som menadah tangan meminta pertolongan dari ‘Raja segala raja’ untuk membantunya menempuh hidup ini…”Ya Allah.. Andai diri ini lemah,engkau berilah kekuatan. Andai diri ini berdosa,kau hukumilah. Namun aku memohon kepadamu ya allah,janganlah engkau calitkan duka di hati anakku.” Doa seorang ibu merintih pada yang esa disulami dengan linangan air mata sebagai ‘sarapan’ pagi harinya…

Suatu Kejutan….

Berderau jantung Mak Som. Gelap seketika dunianya. Perkhabaran yang diterima merentap kebahagiaan hidupnya. Si ibu tua itu seperti mahu menangis apabila menerima perkhabaran yang suaminya teah meninggal dunia akibat dari penyakit jantung yang dialaminya. Mak Som hilang kewarasan.. Saat itu Mak Som menyalahkan tuhannya yang umpama bersikap zalim padanya. Hilang suami tercinta ketika anak dalam kandungannya berusia 7 bulan. Hanya beberapa ketika lagi akan lahir melihat dunia ciptaan tuhan arwah bapanya. Namun Mak Som tetap tabah. Biarlah anak ini membersar tanpa seorang lelaki yang bergelar ayah dalam hidupnya namun akan ada dua personality yang akan wujud dalam diri Mak Som. Menjadi ‘Abu Talib dan Halimatus saadiah’ dalam hidup anaknya nanti. Arwah Pak Samad merupakan seorang lelaki yang penyayang dan baik hati terhadap ‘humairah’ hidupnya itu. 20 tahun usia perkahwinan barulah mereka dikurniakan seorang zuriat. Pak Samad pernah mengimpikan untuk menimang cahaya mata lelaki yang pada hematnya dapat membantu kerja bertani disawah. Namun Pak Samad tidak sempat melihat ‘permata’ cintanya bersama Mak Som yang dinikahi pada usia 19 tahun. Apatah lagi anak itu adalah ‘Siti Aisyah’ dan bukannya ‘Khalid alwalid’ yang diinginkan. Tetapi,tuhan Isa dan Muhammad s.a.w tidak mahu hambanya itu sempat melihat zuriatnya…. Lalu Pak Samad dijemput oleh tuhannya mengadap ‘baginda’ yang maha agung.
“Mak.. Nanti bila ecah dah konvo mak jangan lupa bagi hadiah tau?”. Gurau aisyah pada ibunya. “Mak janji mak akan bagi hadiah yang paling ‘istimewa’ buat ecah. Sayang anak mak.” Ucap si ibu tua seraya memeuk anaknya sambil terfikir apakah mampu dia memberikan hadiah buat anaknya itu… Hadiah? Perkataan yang hanya mampu disebut oleh ibu tua itu tanpa mampu untuk merealitikannya….

Suatu jariah…

Mak Som duji lagi. Berita dari doktor perubatan yang sampai kepadanya amat memeranjatkan Mak Som. Aisyah mengidap koplikasi jantung berlubang. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi anaknya akan menamatkan pengajian. Mak Som tidak mahu hari bahagia anaknya itu tidak wujud. Peratusan anaknya hidup adalah tipis andai jantung dan penderma sesuai tidak ditemui dalam masa yang singkat… Mak Som runsing. Rusing memikirkan perkara ini. Pihak universiti bersedia menanngung kos perubatan aisyah namun penderma yang sesuai harus dicari bagi menyelamatkan nyawa ‘serikandi’ hatinya itu.. Malam itu mak som berdoa kepada ‘Al-rahman’ bagi memohon petunjuk dan bantuan..
Setelah berusaha akhirnya penderma sesuai telah ditemui. Cukup murni hati penderma yang sudi mendermakan jantungnya kepada anaknya itu. Cukup mulia naluri hamba Allah itu. Mak Som bersyukur kerana anaknya akan mampu untuk melihat hari bahagia itu yang pada hematnya cukup memberikan satu makna mendalam pada diri Siti Aisyah… Penderma yang Mak Som sendiri tidak mampu utuk mengucapkan ‘terima kasih’ secara lisan padanya..

Ijazah Buat Bonda…

“Sekarang,di jemput penerima pingat emas diraja, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dengan memperolehi PNGK 4.00. Merupakan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik. Siti Aisyah Binti Abdul Samad untuk menerima anugerah seterusnya menyampaikan sepatah dua kata. Majlis dengan ini mempersilakan.”. Pengumuman dari juru acara majlis mematikan seketika memori Siti Aisyah. Melangkah dengan penuh cermat untuk menerima anugerah yang hampir tidak dapat diterimanya. Tepukan dari para hadirin mengiringi langkahnya menerima anugerah tersebut.
“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertamanya saya ingin mengucapkan syukur kepada tuhan atas anugerah ini. Jutaan terima kasih kepada phak universiti dan para pensyarah yang banyak memberikan tunjuk ajar. Jutaan kasih dan sayang kepada Kalsom binti haji arshad yang telah banyak berkorban demi kejayaan ini. Tanpa mak orang takkan berada disini pada hari ini”. Pada ketika itu jugalah hadirin tercari-cari dimana Mak Som berada. “Tidak perlulah hadirin mencari beliau kerana beliau tidak lagi berada di dunia yang fana ini.”. Tutur ecah tanpa disedari air matanya turut mengalir.”Namun begitu,salah satu organnya masih hidup. Jantungnya masih berdenyut dalam tubuh anaknya ini. Jantung yang telah menyedarkan saya bertapa besarnya pengorbanan seorang ibu pada anaknya. Ibu saya pernah memberitahu bahawa dia akan memberikan hadiah yang paling istimewa pada hari ini. Dan hadiah itu telah pun saya terima dalam tubuh ini.”. Berderai laju air mata Siti Aisyah menuturkan kata-kata tersebut. Sebak hatinya kerana tidak menyangka ibunya sendiri akan mendermakan jantungnya pada dirinya. “Dan saya tujukan ijazah ini buat arwah bonda saya yang telah mengorbankan hayatnya untuk insan hina ini. Terima kasih mak!”. Aisyah mengakhiri ucapannya dan turun belinangan air mata. Tepukan gemuruh dari hadirin mengiringi derap langkahnya dan ada juga hadirin yang turut menitiskan air mata. Bumi suluh budiman hari ini menyaksikan bertapa pengorbanan seorang ibu amat besar pada dunia yang serba fana ini.. “Mak,ijazah ni untuk mak….” Tutur aisyah dalam hatinya yang sebak..
Sekian… Raiyan 09
-hargailah pengorbanan ibu dan bapa anda kerana tanpa mereka siapalah kita-
*p/s: abu.. ni idea sendiri maa….

4 comments:

KhairulZamanKhobin berkata...

syahdu giler....
tp panjang sgt bhai....

huhuhu

miEn.. berkata...

adussss...
mengusik jiwa ar ryan...
bgus2....

sutera putih bertukar pink,,, berkata...

huaaaaaaaaaaaaaaaa.....
wa nangis baca cerpen ni,,,
rinduuu kt makkkkkkkkkk...
huaaaaaaaaaaa,,,

sHUe88 berkata...

best sgt cite ni..
aku pon da nangis..
huhu
=)
truskan usaha hasilkan cerpen yg lg bgus!!
chaiyok2..

Template by:
Free Blog Templates